PAK SAMAD DALAM KENANGAN....Terima kasih kepada Rocky Bru's kerana foto ini diambil dari blog beliau. Oleh Dewi Murni Mohamed
Petaling Jaya, Khamis - LERAI semua rindu apabila menatap wajah terakhir tokoh wartawan yang banyak berjasa kepada negara ini, Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, di sini hari ini.
Walaupun pertemuan itu bukanlah seperti dahulu, sekurang-kurangnya pemergian Allahyarham ke rahmatullah tidak ditangisi sebaliknya saya anggap sangat mulia, penuh rahmat dan kasih sayang Ilahi.
Pak Samad 'pulang' ke rahmatullah dalam usia 84 tahun ketika umat Islam berpuasa pada hari keempat Ramadan 1429 Hijrah dan InsyaAllah akan dikebumikan pada Hari Jumaat, 5 Ramadan 1429H iaitu selepas solat Jumaat.
Bagai tercium 'harumnya' kuburan Pak Samad nanti, InsyaAllah dek kerana jasa dan baktinya terhadap tanahair sepanjang hayatnya. Bukan saja memartabatkan dunia kewartawanan sebelum perang, selepas perang sehingga kemerdekaan dan selepas merdeka...Allahyarham saya anggap pejuang dan pengisi kemerdekaan sebenar Malaysia.
Perjuangan dan pengorbanan Pak Samad tidak pernah mengharapkan balasan atau apa-apa....
Terpanggil juga untuk mengabadikan sekalung perhargaan kepada Pak Samad yang kerap saya ziarahi ketika mahu menyiapkan banyak tugasan bagi kuliah Sebaran Am & Komunikasi Massa (Kewartawan) saya di Institut Teknologi Mara (ITM) sekitar tahun 1997-1998.
Pak Samad juga yang menyelamatkan saya apabila menyumbang artikel penting ketika projek akhir iaitu menerbitkan majalah Shah Alam Jurnalis - Mesin taipnya rosak, dah deadline pula...kerana kasihankan saya, Pak Samad menulis tangan...
Ketika itu, Pak Samad juga sudah uzur & kerap demam...katanya sakit kencing manis menyebabkan dia lemah. Tetapi, jika berbual mengenai kewartawanan dan Pak Sako, saya lihat matanya bersinar-sinar...
Selepas itu, sibuk dengan kerja di Berita Harian saya tidak pernah berjumpa Pak Samad lagi. Terakhir saya melihatnya datang ke news room Berita Harian tetapi tidak sempat bersalam kerana melihat dia masuk ke bilik Ketua Pengarang dan saya bergegas keluar membuat liputan.
Selepas itu, saya juga ada menitipkan salam buatnya selepas mendapat tahu dia masuk hospital menerusi Allahyarham Bung Karim...yang juga sudah kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah.
Emmm....apabila mengimbau kenangan dengan Pak Samad...baru kini saya menitiskan air mata. Saya sangat mengagumi tokoh hebat ini...Mata penanya bukan saja tajam malah dia bisa 'meramal masa hadapan'...Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman, Al-Fatihah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
* Allahyarham Tan Sri A.Samad Ismail menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.58 petang di Pusat Perubatan Pantai tanggal 4 September 2008 bersamaan 4 Ramadan 1429 Hijrah. Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya dikebumikan selepas solat Jumaat, 5 Sepember 2008 bersamaan 5 Ramadan 1429 Hijrah di Tanah Perkuburan Bukit Kiara berdekatan dengan makam isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Hamidah Hassan.
* Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai lautan manusia yang mengerjakan solat jenazah di Masjid Al-Malik Faisal, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Universiti seterusnya ke tanah perkuburan.
* Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Aisyah Ghani, Menteri Kanan Hal Ehwal Luar Singapura, Zainal Abidin Rashid, Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said antara tetamu kehormat yang turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
* Takziah kepada seluruh ahli keluarganya Tan Sri A Samad Ismail daripada Team Kadkahwinku.com
* Salam kami buat Nuraina A.Samad Ismail dan Maria A.Samad Ismail juga....
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* NEWS UPDATE ON GREAT MAN: TAN SRI A.SAMAD ISMAIL
1) The STAR
2) MalaysiaKINI
3) New Straits Times NST
4) BERNAMA.com
5) MStar (The Star Malay Version)
6) My SIN CHEW
7) BERITA HARIAN
Wedding Trends That Will Take Over 2022
2 years ago
1 comment:
Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh yang Esa. Amin.
Post a Comment