Wednesday, August 27, 2008

ULANGTAHUN PESONA PENGANTIN KE-7

Happy Birthday lagi...Ogos ni, Team KadkahwinKu.com sibuk pergi 'birthday party'...next? Anyway...congrats to Kak El & team, dah 7 tahun...emm boleh sekolah...dah kena daftar Tahun 1 ni. FOTO BY DMM

Berjaya Times Square, Rabu - TAHNIAH BUAT PASUKAN MAJALAH PESONA PENGANTIN yang meraikan sambutan ulang tahun ke-7, di sini hari ini.


Pesona Pengantin yang diketuai oleh editornya, Cik Elana bukan saja diraikan malah meraikan sebahagian besar pengusaha industri perkahwinan di negara ini yang semakin berkembang.

Majlis sambutan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Noraini Ahmad. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Dato' Haji Hussamuddin.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan termasuk Diana Danieal, Iqram Dinzli, Fauziah Ghaose, Shila ND Lala dan ramai lagi serta dipengerusikan oleh pengacara terkenal Ritche Rachman.

Turut hadir memeriahkan ialah pakar perkahwinan, Puan Mehran Sedit dari Yan Seri Andam (YSA) Wedding Consultant Sdn Bhd.

Thursday, August 14, 2008

DINAWEDDING NEW OFFICE & STUDIO....Congratulations!!!

Happy Birthday To You!....Congratulations To You To....Diinaaaaweeedddinggg....yeah! FOTO BY NAZIM ZAFRI

MELANGKAH masuk ke 'ruang baru' Dinawedding Group bak membuka satu pintu ke arah penyatuan kumpulan....Ini kerana banyak aktiviti akan dapat dilakukan secara bersama di bawah satu bumbung pada masa depan.

Ruang pejabat dan studio baru Dinawedding di Seri Kembangan luas dan lapang - muat untuk semua orang. Walaupun belum 'furnished' sepenuhnya, 'ruang baru' ini amat dirasakan 'proximity'nya...

Majlis ringkas meraikan prapembukaannya disempurnakan oleh Ady Aveo bersempena juga dengan prasambutan ulangtahun Dinawedding pada 1 November ini, InsyaAllah...

Kek comel sebagai pelengkap majlis dipotong kiub kecil dan 'dinikmati' beramai-ramai sebagai tanda penyatuan dan perpaduan.

"Tak sangka semua datang...kalau hari biasa, semuanya sibuk, susah betul nak kumpul macam ni, kan? Tak pelah...nanti kita buat majlis lebih official bulan sebelas ni...niatnya nak 'tumbang kambing seekor'...ala ala barbeque d'tebing..

"Kita ajak orang penting Dinawedding sekali, ok?" kata Ady Aveo yang ceria selepas diberi penghormatan meniupkan lilin kek comel sempena prasambutan majlis ulangtahun Dinawedding.


Turut hadir pada majlis ringkas - Wira Hidayat, Nizam, RizOne, Roslim Jamil, Nazim Zafri, CN Irwan, Azhar, Piee, Dewi Murni, Sham, Lan Kawak, Aji & Ana serta ramai lagi member of Dinawedding.

NOTA: Client pertama melangkahkah kaki ke Dinawedding new studio & office - Yang Mulia Syed Muhammad Hafiz (cucunda kepada Raja Perlis Indera Kayangan). Thank you & enjoy 'browsing' around...!

Majlis Doa Selamat dan Kenduri Ulangtahun Dinawedding akan diadakan pada 1 November 2008, InsyaAllah. Butiran lanjut akan diumumkan di laman web http://www.dinawedding.com Semua dijemput hadir.

BEIJING 2008 OLYMPIC GAMES & BIRTHDAY KU 080808....

SHARING BIRTHDAY ON AUGUST 2008.....Menyambut hari jadi putera kepada Pengurusan Pemasaran Team Kadkahwinku.com serentak Sukan Olimpik Beijing 08.08.08 & Hari Kemerdekaan Malaysia 31.08.08.
FOTO BY ROSLIM JAMIL (using canon eos450D)

Putrajaya, Jumaat - MENYAKSIKAN acara perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008 malam kelmarin menerusi Channel OLY1 Astro
- rasanya bagai mahu melompat masuk ke peti televisyen apatah lagi ketika Li Ning - atlet China yang digelar "Price of Gymnastics" berlari mengeliling stadium di udara sambil membawa obor Olimpik....wow!

"Speechless...terdiam, ternganga dan anak mata terpana ke kaca tv...kagum dengan gimik yang begitu hebat! Sememangnya China sudah terlebih dahulu memecahkan rekod olimpiknya menerusi acara pembukaan yang tak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.

Sukan Olimpik Atlanta 2004 - Amerika Syarikat selaku tuan rumah lima tahun yang lalu pun, gimik acara pembukaannya cuma yang biasa-biasa saja...biasalah ada artis menyanyi, atlet berlari menghidupkan obor oimpik dan percikan bunga api...

ANEKDOT: Aksi stunt Li Ning, 44 yang disaksikan secara langsung oleh jutaan manusia di seluruh dunia itu diilhamkan oleh pengarah filem terkenal China, Zhang Yimou (pengarah filem House of Flying Daggers) dan hanya mengambil masa '20 malam' saja untuk latihan - Sessi latihan Li Ning hanyabermula pada jam 2 pagi.

Sememangnya China kini menjadi 'sleeping dragon' yang sudah jaga dari tidur yang panjang, kini bangkit menyemburkan api paling panas....sekaligus membuktikan saranan Rasullullah SAW supaya kita menuntut ilmu hingga ke negeri China adalah benar belaka.

"Bangga sangat rasanya...walaupun bukan Malaysia, kini sukan Olimpik berlangsung di Asia. 'First time' ni....taklah asyik 'europe' aje..." kata salah seorang team Kadkahwinku.com

Perkembangan Sukan Olimpik Beijing 2008 yang bermula pada tarikh 080808 itu sebenarnya amat bermakna buat Kadkahwinku.com juga kerana ia serentak dengan ulangtahun ke-8 kami !

Alhamdulilah! Kami sudah meniti usia lapan tahun sejak ditubuhkan pada tahun 2000. Tak sangka! Masa begitu cepat berlalu dan kami kian matang menempuh tahun baru yang mendatang.

Azam kami ialah apa jua rintangan dan cabaran akan dihadapi secara bersatu dalam kumpulan - Team Kadkahwinku & Dinawedding Group. Yalah, dengan kenaikan harga kertas beberapa kali pada tahun ini dan terakhir Julai lalu sehingga 20 peratus berikutan kenaikan harga minyak dunia....sememangnya memberi tekanan kepada kami.

Selain itu, saingan daripada pengendali kad kahwin yang turut melancarkan jualan secara online dan ribuan blog yang diwujudkan untuk menjual kad kahwin iaitu selepas kami melancarkan kempen berkenaan Ogos tahun lalu turut memberi kesan besar.

Ini kerana ada yang 'membuang' harga atau membuat promosi yang mengelirukan. Kami cuma mengharapkan agar tetap bertahan tidak menaikkan harga kad kahwin dan mengekalkan harga lama semampu yang boleh...demi kebajikan pelanggan setia kami, InsyaAllah....

Namun, birthday Kadkahwinku.com ini belum disambut lagi kerana ramai ahli team yang tidak dapat hadir...Al-maklum tarikh keramat ini sudah 'dibooking' oleh ramai pasangan pengantin baru...

InsyaAllah, majlis lebih official bakal disambut pada Ramadan Al-Mubarak yang bakal tiba 2 minggu lagi. Jika sampai masanya nanti, akan kami kongsikan majlis itu dengan anda semua. Moga tetap setia bersamaKU....We Love You!

Saturday, August 9, 2008

Jumpa "First Love" dia... sekarang ni kad kahwin romantik dah jadi dramatik...

SKETSA 1 kadkahwinku.com

KEHIDUPAN tidak selalunya senang. Bak roda yang berputar, kadangkala kita di atas dan ada masanya turun ke bawah. Seringkali apabila ini berlaku, kita cepat memandang orang yang 'berada' berbanding yang 'kurang ada'...sebab itu kita mudah rasa rendah diri.

Selalu kita jumpa orang yang begini, mengeluh tentang kehidupan dan ada masanya menyalahkan takdir, kenapa aku begini? Kenapa orang lain begitu? Kenapa aku kahwin dengan 'piun' sedangkan dia kahwin dengan 'anak raja'?...begitulah keluhan yang selalu didengar...

Sabtu lalu, kebetulan bertemu salah seorang bekas team kadkahwinku.com yang sudah terputus hubungan. Puncanya, dia posting ke luar negara dan kemudian 'lost contact'. Dalam seronok timbul rasa belas apabila mendengar kisahnya sekarang....pasangannya bermain kayu tiga!

Ini memang berat! Selepas berhabis puluhan ribu ringgit untuk menyempurnakan majlis perkahwinan yang gilang dan gemilang...tup! tup! hati si dia beralih pada yang yang lain.

"Apa nak buat, semua dah takdir...aku tak dapat menolak," katanya sayu sambil membelek-belek kad undangan perkahwinan di galeri kadkahwinku.com

"Simpan lagi kad kahwin aku? Lawakan...dulu rasanya kad aku la yang paling 'vogue'.... tapi apa nak buat...cantik & romantik pun, sekarang ni semuanya dah bertukar jadi dramatik...

"Isunya - dia jumpa semula "first love" dulu....tak kahwin lagi. Aku tak tau nak kata apa...nak halang, ini membabitkan hati dan perasaan. Aku tak suka paksa dia sayang kat aku, walaupun berhak buat camtu...

"Sekarang ni, kami sedang cuba menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik. Aku tak suka gaduh atau buat huru-hara. Biarlah perkahwinan ini menjadikan kami berdua insan yang matang, betul kan?" katanya panjang lebar membuat kami semua ternganga.

Begitulah kehidupan...tak semua yang kita harapkan berpihak pada kita. Ada masanya meleset terus daripada jangkaan.

Apapun, "salute" kepadanya kerana dia tak 'mengeluh kosong' - maksudnya dia mengeluh sekadar untuk meluahkan isi hati bukan menyalahkan takdir. Malah, dia tahu pula apa yang perlu dilakukan dan memilih untuk penyelesaian terbaik....tahniah!

Pesan kami - "Belek semula kad kahwin yang penuh catatan bersejarah itu. Bukan saja nama si dia & tarikh kahwin yang tercatat di sana bahkan nama ibu bapa, ahli keluarga, deretan nombor telefon serta alamat kampung halaman, mudah-mudahan ia memberi 'jalan pulang' buat kamu berdua."

Team 'Ku' sentiasa mendoakan 'ending story' terbaik buat 'Mu'....InsyaAllah...

SKETSAKU 11 kadkahwinku.com

KAMPUNG BARU, Kelab Sukan Sultan Sulaiman (KSS) - Nasi lemak bungkus masih panas lagi ketika kami tiba. Aroma nasi lemak daun pisang yang dibungkus comel (bungkusannya memang kecil-kecil...) singgah di hidung kami bikin air liur meleleh..teruja sekali untuk menikmati nasi lemak Kampung Baru City Garden @ CT Roses, malam ini.

Hidangan nasi lemak daun pisang dilengkapi aneka lauk pauk ringkas pembuka selera seperti paru sambal, sotong pedas, ayam goreng panas, petai cili, sambal ikan bilis dan aneka yang lain menambah nafsu makan kami yang memang sedang lapar ini.

Pemandangan padang bola saujana mata memandang di pinggir kelab sukan bersejarah ini, KSS Kampung Baru pula menjadi 'teman santapan' kami selain menara KLCC yang tersergam bercahaya di sebelah kanan, benar-benar membuat ' late supper' kami begitu bermakna sekali...ringkas, santai tetapi berbaloi!

Begitulah juga apabila memilih kad kahwin - jangan terlalu cerewet atau mahukan yang lebih-lebih kerana kadangkala kad kahwin yang biasa-biasapun sudah nampak cantik. Misalnya, KASEHKU walaupun kecil dan comel tidak bermakna ia tidak 'class'....

BUNGA CINTAKU pula jika tanpa riben pun sudah nampak manis atau BABY BUTTERFLYKU tanpa kupu-kupu masih ada daya tarikan tersendiri....Sama juga MELATIKU walaupun tanpa cetakan hot stamping dan CITRAKU tanpa inlay - ternyata masih 'outstanding'...

Maknanya - riben, rama-rama, tali emas, hot stamping dan inlay hanyalah hiasan tambahan bukan 'compulsory' . Tanpa semua itu jika kena gayanya, kad kahwin masih cantik dan menarik.

Apa yang paling utama ialah harganya. Jika bajet memang tersedia, boleh pilih apa saja berkenan di hati...tetapi jika ekonomi tidak mengizinkan, cukup sekadar yang mampu kerana jangan dek kad kahwin timbul perbalahan...

Teringat kes terbaru, pelanggan mendakwa kad kahwinnya datang sekali dengan riben organza...padahal ia adalah hiasan tambahan...huru haralah jawabnya....Team Kadkahwinku.com terpaksa menjawab berjela-jela bagi menjelaskan situasi...Pelik juga kerana dia membuat tempahan online makanya sudah memahami semua terma dan syarat terperinci...

Semalam, kes lain. Pasangan ini 'berperang' dek masing-masing punya citarasa kad kahwin sendiri....mahu kongsi kad kahwin supaya dapat harga rendah tetapi tak mahu berkongsi pendapat supaya akur pada satu pilihan, camne ni....susahnya!

Team Kadkahwinku.com pun pening kepala - nak sokong pihak mana satu, perempuan ke lelaki? Nanti jadi 'perang dunia' lagilah parah kami...tak mahu ini berlaku, kami terpaksa menasihatkan mereka supaya berbincang baik-baik...nanti dah reda, datang semula dengan keputusan bersama...kami tak kisah kalau lambat sikit tempah, asalnya jangan tak jadi kahwin, dahlah....

Inilah rencah dan rempah ratus kehidupan insan bernama manusia....Jika semuanya sama rasa, tak menarik pula dunia ini kan? Maknanya, Allah SWT mencipta kita berbeza pendapat dan berlainan citarasa bagi menggambarkan kebesaran dan keadilan-Nya.

Namun, nasi lemak Kampung Baru City Garden @ CT Roses - ini cerita lain....kami berani 'beating'....sesiapa yang singgah makan kat sana, mesti angkat dua tangan, setuju punya....walaupun tempatnya 'tak class' - nasi lemak bungkus daun pisangnya, memang 'power'!

Saturday, August 2, 2008

PIKOM PC FAIR 2008....Pameran ala 'gadis litar'?

PENGUNJUNG TERMUDA...Baby Asyrina, tiga bulan 1o hari (baru lepas pantang 100 hari) pun tidak ketinggalan menyaksikan pameran komputer. Agaknya bagaimana perkembangan IT ketika baby Asyrina berusia 17 tahun, nanti ya?

KLCC, Sabtu - SINGGAH ke Pameran Antarabangsa Komputer PIKOM (PIKOM PC Fair 2008) di Kuala Lumpur Convention Centre
yang berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos amat menyeronoknya.

Kesedaran Teknologi Maklumat (IT) kini tidak terhad kepada 'orang tua' malah si kecil 3 bulan pun sudah mengenali PC Fair 2008 apabila dibawa ibu bapa meredah pameran yang dilawati lebih 1 juta pengunjung ini.

Jika dahulu komputer hanya untuk orang dewasa atau yang sudah bekerja, komputer hari ini lebih bersifat 'personal' apabila remaja belasan tahun sudah mula mendapatkan gajet mereka sendiri dengan datang beramai-ramai ke pameran komputer terbesar di Malaysia itu.

Pemandangan PIKOM PC Fair 2008 ini memang saling tak tumpah seperti di Imbi atau Plaza Low Yat - ada yang mengusung 'printer', ada yang memikul 'CPU', tak kurang yang menyandang bag galas berisi laptop yang baru dibeli...tetapi suasana kali ini lebih meriah kerana ramai yang datang berkumpulan.

Selain itu, berpuluh ribu pengunjung bertali arus membawa segala macam 'flyers' tawaran barangan komputer. Lebih bergaya apabila mereka diberikan beg kertas percuma produk berjenama seperti HP, Canon, Epson, Sony, Dell, NEC, Toshiba, Samsung dan pelbagai cenderahati topi dan kipas.

PIKOM PC Fair 2008 kali ini memperuntukkan tiga aras bagi ruang pameran - Aras 1(Hall 5&6) manakala 'Booth' di Aras 2 (Hall 3&4)pula mempamerkan produk peralatan audio video, elektronik dan digital seperti speaker dan kamera serta perisian komputer dan Aras 3 (Hall 1&2) menempatkan 'booth' jenama besar seperti Apple, Canon, Kodak, Oki dan Nikon.

Justeru, syabas kepada PIKOM selaku penganjur PC Fair 2008 kerana berjaya menjadikan pameran tiga hari ini bukan saja acara negara tetapi mewujudkan kesedaran cukup tinggi bahawa komputer bukan lagi lambang kemewahan tetapi keperluan dan kini menjadi WAJIB!

IssueKU 1 kadkahwinku.com

PIKOM PC Fair 2008 memang 'happening'....seperti namanya, begitu juga 'exhibitor' yang memperagakan barangan komputer kerana mereka turut 'mempamerkan' gadis manis berpakaian ala 'gadis litar' ...

Tugas si manis ini ialah mengedarkan 'leaflet' kepada pengunjung sambil menyapa dan mendorong agar berkunjung ke 'booth' pameran mereka.

Kehadiran ala 'gadis litar' berpakaian seksi dan tersenyum mungil sambil menghulurkan' leaflet' bukan saja mampu membuat mata sesiapa tak hanya pandang sekali tetapi melirik semula walaupun selepas berlalu...

Ini saja yang kurang 'best'.... Bukan mendakwa 'alim' atau berfikiran sempit tetapi apabila melihat kehadiran pengunjung yang separuh ialah remaja malah ada ibu bapa yang membawa anak kecil..timbul rasa tak 'syok'....

Ribuan 'baby stroller' di aras bawah yang terpaksa ditinggalkan ibu bapa kerana tidak boleh dibawa masuk ke bilik pameran membuktikan betapa ramainya kanak-kanak yang ikut serta dalam PIKOM PC Fair kali ini.

Memang benar kita tak dapat menegah penganjur dan peserta berbuat apa saja asalkan dapat menarik lebih ramai pengunjung tetapi seperti garis panduan tatacara pakaian ke pameran misalnya, melarang 'berselipar jepun' - kan lebih baik ada tatacara atau etika berpakaian sopan.

Bukan tidak boleh ada perempuan cantik...bukan tak boleh ada gadis seksi kerana ia boleh jadi daya penarik...boleh 'cuci mata' bak kata salah seorang team kadkahwinku.com yang masih 'teruna' ...tetapi hendaknya biarlah ia kena dengan acara dan tempatnya.

Jika pameran kereta lumba, ok! Pameran kereta mewah, pun ok! Pameran fesyen dan intan berlian...tersangatlah ok! Tetapi jika pameran itu membabitkan pengunjung umum seperti remaja dan kanak-kanak macam PIKOM PC Fair 2008 ini, rasanya ko...kot! What say you?...

IssueKU 11

Kesedaran IT hari ini memang menarik....PC Fair 2008 menjadi pencetus ke arah itu kerana pada pameran kali ini banyak komputer riba berkuasa tinggi yang ditawarkan pada harga yang rendah kerana ada yang boleh dibeli pada harga RM999 sebuah...

Kebanyakan gerai yang menjual laptop menjadi 'favourite' bukan tetapi golongan muda terutama remaja yang masih menuntut, tak kurang juga yang masih bersekolah menengah, mungkin 'disponsor' ibu bapa selain tak kurang yang sekadar melihat-lihat dan membuat 'pandu uji'....

Inilah 'signal' terbaik menunjukkan golongan muda kita bukan saja semakin celik komputer tetapi bijak IT....umur masih remaja tetapi sudah ada keinginan memiliki komputer riba sendiri...

Apa yang diharapkan mudah-mudahan golongan remaja menggunakan teknologi IT - komputer & internet bagi tujuan meneroka ilmu pengetahuan dan kebaikan masa depan, bukan untuk yang lain-lain.....(tot)