SKETSA 1 kadkahwinku.com
KEHIDUPAN tidak selalunya senang. Bak roda yang berputar, kadangkala kita di atas dan ada masanya turun ke bawah. Seringkali apabila ini berlaku, kita cepat memandang orang yang 'berada' berbanding yang 'kurang ada'...sebab itu kita mudah rasa rendah diri.
Selalu kita jumpa orang yang begini, mengeluh tentang kehidupan dan ada masanya menyalahkan takdir, kenapa aku begini? Kenapa orang lain begitu? Kenapa aku kahwin dengan 'piun' sedangkan dia kahwin dengan 'anak raja'?...begitulah keluhan yang selalu didengar...
Sabtu lalu, kebetulan bertemu salah seorang bekas team kadkahwinku.com yang sudah terputus hubungan. Puncanya, dia posting ke luar negara dan kemudian 'lost contact'. Dalam seronok timbul rasa belas apabila mendengar kisahnya sekarang....pasangannya bermain kayu tiga!
Ini memang berat! Selepas berhabis puluhan ribu ringgit untuk menyempurnakan majlis perkahwinan yang gilang dan gemilang...tup! tup! hati si dia beralih pada yang yang lain.
"Apa nak buat, semua dah takdir...aku tak dapat menolak," katanya sayu sambil membelek-belek kad undangan perkahwinan di galeri kadkahwinku.com
"Simpan lagi kad kahwin aku? Lawakan...dulu rasanya kad aku la yang paling 'vogue'.... tapi apa nak buat...cantik & romantik pun, sekarang ni semuanya dah bertukar jadi dramatik...
"Isunya - dia jumpa semula "first love" dulu....tak kahwin lagi. Aku tak tau nak kata apa...nak halang, ini membabitkan hati dan perasaan. Aku tak suka paksa dia sayang kat aku, walaupun berhak buat camtu...
"Sekarang ni, kami sedang cuba menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik. Aku tak suka gaduh atau buat huru-hara. Biarlah perkahwinan ini menjadikan kami berdua insan yang matang, betul kan?" katanya panjang lebar membuat kami semua ternganga.
Begitulah kehidupan...tak semua yang kita harapkan berpihak pada kita. Ada masanya meleset terus daripada jangkaan.
Apapun, "salute" kepadanya kerana dia tak 'mengeluh kosong' - maksudnya dia mengeluh sekadar untuk meluahkan isi hati bukan menyalahkan takdir. Malah, dia tahu pula apa yang perlu dilakukan dan memilih untuk penyelesaian terbaik....tahniah!
Pesan kami - "Belek semula kad kahwin yang penuh catatan bersejarah itu. Bukan saja nama si dia & tarikh kahwin yang tercatat di sana bahkan nama ibu bapa, ahli keluarga, deretan nombor telefon serta alamat kampung halaman, mudah-mudahan ia memberi 'jalan pulang' buat kamu berdua."
Team 'Ku' sentiasa mendoakan 'ending story' terbaik buat 'Mu'....InsyaAllah...
SKETSAKU 11 kadkahwinku.com
KAMPUNG BARU, Kelab Sukan Sultan Sulaiman (KSS) - Nasi lemak bungkus masih panas lagi ketika kami tiba. Aroma nasi lemak daun pisang yang dibungkus comel (bungkusannya memang kecil-kecil...) singgah di hidung kami bikin air liur meleleh..teruja sekali untuk menikmati nasi lemak Kampung Baru City Garden @ CT Roses, malam ini.
Hidangan nasi lemak daun pisang dilengkapi aneka lauk pauk ringkas pembuka selera seperti paru sambal, sotong pedas, ayam goreng panas, petai cili, sambal ikan bilis dan aneka yang lain menambah nafsu makan kami yang memang sedang lapar ini.
Pemandangan padang bola saujana mata memandang di pinggir kelab sukan bersejarah ini, KSS Kampung Baru pula menjadi 'teman santapan' kami selain menara KLCC yang tersergam bercahaya di sebelah kanan, benar-benar membuat ' late supper' kami begitu bermakna sekali...ringkas, santai tetapi berbaloi!
Begitulah juga apabila memilih kad kahwin - jangan terlalu cerewet atau mahukan yang lebih-lebih kerana kadangkala kad kahwin yang biasa-biasapun sudah nampak cantik. Misalnya, KASEHKU walaupun kecil dan comel tidak bermakna ia tidak 'class'....
BUNGA CINTAKU pula jika tanpa riben pun sudah nampak manis atau BABY BUTTERFLYKU tanpa kupu-kupu masih ada daya tarikan tersendiri....Sama juga MELATIKU walaupun tanpa cetakan hot stamping dan CITRAKU tanpa inlay - ternyata masih 'outstanding'...
Maknanya - riben, rama-rama, tali emas, hot stamping dan inlay hanyalah hiasan tambahan bukan 'compulsory' . Tanpa semua itu jika kena gayanya, kad kahwin masih cantik dan menarik.
Apa yang paling utama ialah harganya. Jika bajet memang tersedia, boleh pilih apa saja berkenan di hati...tetapi jika ekonomi tidak mengizinkan, cukup sekadar yang mampu kerana jangan dek kad kahwin timbul perbalahan...
Teringat kes terbaru, pelanggan mendakwa kad kahwinnya datang sekali dengan riben organza...padahal ia adalah hiasan tambahan...huru haralah jawabnya....Team Kadkahwinku.com terpaksa menjawab berjela-jela bagi menjelaskan situasi...Pelik juga kerana dia membuat tempahan online makanya sudah memahami semua terma dan syarat terperinci...
Semalam, kes lain. Pasangan ini 'berperang' dek masing-masing punya citarasa kad kahwin sendiri....mahu kongsi kad kahwin supaya dapat harga rendah tetapi tak mahu berkongsi pendapat supaya akur pada satu pilihan, camne ni....susahnya!
Team Kadkahwinku.com pun pening kepala - nak sokong pihak mana satu, perempuan ke lelaki? Nanti jadi 'perang dunia' lagilah parah kami...tak mahu ini berlaku, kami terpaksa menasihatkan mereka supaya berbincang baik-baik...nanti dah reda, datang semula dengan keputusan bersama...kami tak kisah kalau lambat sikit tempah, asalnya jangan tak jadi kahwin, dahlah....
Inilah rencah dan rempah ratus kehidupan insan bernama manusia....Jika semuanya sama rasa, tak menarik pula dunia ini kan? Maknanya, Allah SWT mencipta kita berbeza pendapat dan berlainan citarasa bagi menggambarkan kebesaran dan keadilan-Nya.
Namun, nasi lemak Kampung Baru City Garden @ CT Roses - ini cerita lain....kami berani 'beating'....sesiapa yang singgah makan kat sana, mesti angkat dua tangan, setuju punya....walaupun tempatnya 'tak class' - nasi lemak bungkus daun pisangnya, memang 'power'!
Wedding Trends That Will Take Over 2022
2 years ago
No comments:
Post a Comment