Saturday, August 2, 2008

PIKOM PC FAIR 2008....Pameran ala 'gadis litar'?

PENGUNJUNG TERMUDA...Baby Asyrina, tiga bulan 1o hari (baru lepas pantang 100 hari) pun tidak ketinggalan menyaksikan pameran komputer. Agaknya bagaimana perkembangan IT ketika baby Asyrina berusia 17 tahun, nanti ya?

KLCC, Sabtu - SINGGAH ke Pameran Antarabangsa Komputer PIKOM (PIKOM PC Fair 2008) di Kuala Lumpur Convention Centre
yang berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos amat menyeronoknya.

Kesedaran Teknologi Maklumat (IT) kini tidak terhad kepada 'orang tua' malah si kecil 3 bulan pun sudah mengenali PC Fair 2008 apabila dibawa ibu bapa meredah pameran yang dilawati lebih 1 juta pengunjung ini.

Jika dahulu komputer hanya untuk orang dewasa atau yang sudah bekerja, komputer hari ini lebih bersifat 'personal' apabila remaja belasan tahun sudah mula mendapatkan gajet mereka sendiri dengan datang beramai-ramai ke pameran komputer terbesar di Malaysia itu.

Pemandangan PIKOM PC Fair 2008 ini memang saling tak tumpah seperti di Imbi atau Plaza Low Yat - ada yang mengusung 'printer', ada yang memikul 'CPU', tak kurang yang menyandang bag galas berisi laptop yang baru dibeli...tetapi suasana kali ini lebih meriah kerana ramai yang datang berkumpulan.

Selain itu, berpuluh ribu pengunjung bertali arus membawa segala macam 'flyers' tawaran barangan komputer. Lebih bergaya apabila mereka diberikan beg kertas percuma produk berjenama seperti HP, Canon, Epson, Sony, Dell, NEC, Toshiba, Samsung dan pelbagai cenderahati topi dan kipas.

PIKOM PC Fair 2008 kali ini memperuntukkan tiga aras bagi ruang pameran - Aras 1(Hall 5&6) manakala 'Booth' di Aras 2 (Hall 3&4)pula mempamerkan produk peralatan audio video, elektronik dan digital seperti speaker dan kamera serta perisian komputer dan Aras 3 (Hall 1&2) menempatkan 'booth' jenama besar seperti Apple, Canon, Kodak, Oki dan Nikon.

Justeru, syabas kepada PIKOM selaku penganjur PC Fair 2008 kerana berjaya menjadikan pameran tiga hari ini bukan saja acara negara tetapi mewujudkan kesedaran cukup tinggi bahawa komputer bukan lagi lambang kemewahan tetapi keperluan dan kini menjadi WAJIB!

IssueKU 1 kadkahwinku.com

PIKOM PC Fair 2008 memang 'happening'....seperti namanya, begitu juga 'exhibitor' yang memperagakan barangan komputer kerana mereka turut 'mempamerkan' gadis manis berpakaian ala 'gadis litar' ...

Tugas si manis ini ialah mengedarkan 'leaflet' kepada pengunjung sambil menyapa dan mendorong agar berkunjung ke 'booth' pameran mereka.

Kehadiran ala 'gadis litar' berpakaian seksi dan tersenyum mungil sambil menghulurkan' leaflet' bukan saja mampu membuat mata sesiapa tak hanya pandang sekali tetapi melirik semula walaupun selepas berlalu...

Ini saja yang kurang 'best'.... Bukan mendakwa 'alim' atau berfikiran sempit tetapi apabila melihat kehadiran pengunjung yang separuh ialah remaja malah ada ibu bapa yang membawa anak kecil..timbul rasa tak 'syok'....

Ribuan 'baby stroller' di aras bawah yang terpaksa ditinggalkan ibu bapa kerana tidak boleh dibawa masuk ke bilik pameran membuktikan betapa ramainya kanak-kanak yang ikut serta dalam PIKOM PC Fair kali ini.

Memang benar kita tak dapat menegah penganjur dan peserta berbuat apa saja asalkan dapat menarik lebih ramai pengunjung tetapi seperti garis panduan tatacara pakaian ke pameran misalnya, melarang 'berselipar jepun' - kan lebih baik ada tatacara atau etika berpakaian sopan.

Bukan tidak boleh ada perempuan cantik...bukan tak boleh ada gadis seksi kerana ia boleh jadi daya penarik...boleh 'cuci mata' bak kata salah seorang team kadkahwinku.com yang masih 'teruna' ...tetapi hendaknya biarlah ia kena dengan acara dan tempatnya.

Jika pameran kereta lumba, ok! Pameran kereta mewah, pun ok! Pameran fesyen dan intan berlian...tersangatlah ok! Tetapi jika pameran itu membabitkan pengunjung umum seperti remaja dan kanak-kanak macam PIKOM PC Fair 2008 ini, rasanya ko...kot! What say you?...

IssueKU 11

Kesedaran IT hari ini memang menarik....PC Fair 2008 menjadi pencetus ke arah itu kerana pada pameran kali ini banyak komputer riba berkuasa tinggi yang ditawarkan pada harga yang rendah kerana ada yang boleh dibeli pada harga RM999 sebuah...

Kebanyakan gerai yang menjual laptop menjadi 'favourite' bukan tetapi golongan muda terutama remaja yang masih menuntut, tak kurang juga yang masih bersekolah menengah, mungkin 'disponsor' ibu bapa selain tak kurang yang sekadar melihat-lihat dan membuat 'pandu uji'....

Inilah 'signal' terbaik menunjukkan golongan muda kita bukan saja semakin celik komputer tetapi bijak IT....umur masih remaja tetapi sudah ada keinginan memiliki komputer riba sendiri...

Apa yang diharapkan mudah-mudahan golongan remaja menggunakan teknologi IT - komputer & internet bagi tujuan meneroka ilmu pengetahuan dan kebaikan masa depan, bukan untuk yang lain-lain.....(tot)

2 comments:

ahaks said...
This comment has been removed by the author.
ahaks said...

Pegi memang best..
Dapat tgk mcm2 brg..
tapi tue la die,dpt tgk jer..
nak beli tue xdapet la..
nak kene saving untuk raye nanti...

p/s : teringin nak beli laptop tapi xterbeli2 lagi..