Tuesday, July 29, 2008

"ISRAK & MIKRAJ ....Perjalanan Menemui Tuhanmu.."

MALAM ini Rasulullah SAW yang dikasihi naik ke langit menemui Allah SWT...Baginda melalui satu perjalanan yang sangat panjang tetapi tempohnya hanya sekelip malam!

Melalui Israk (perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa) dan Mikraj (naik ke Hadratulqudus menemui Allah)...Baginda bukan saja melihat gambaran 'dunia semalam dan sekarang' dari 'atas' tetapi 'dunia akan datang' selepas akhir zaman...

Perjalanan "Israk & Mikraj" - menemui pencipta adalah sesuatu yang 'besar'..Sebagai peringatan buat kami team kadkahwinku.com dan sesiapa saja...dikongsikan dialog terakhir antara Allah SAW dan Muhammad, Rasul-Nya di langit ketujuh:

Allah SWT : Ya Muhammad!

Rasulullah : Labbaika!

Allah SWT : "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan..."

Rasulullah : "Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.

"Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.

"Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan..."

Allah SWT : "Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.

"Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy....

"Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang...."

Justeru, setiap malam 27 Rejab pada setiap tahun...kita renungilah dunia dan diri kita ini yang kian hari semakin tua dan mudah lupa....InsyaAllah...

2 comments:

Evil Genius said...

Allhamdulillah...Blog Ustazah harini benar2 menginsafkan saya.Mudah2an kita bersama2 menghayati Israk & Mikraj pd kali ini.

Vespucci Languages said...
This comment has been removed by the author.