MEMBELEK kad kahwin Redza & Asmatun yang tercatat "Undangan Meraikan Majlis Pernikahan" mencetus inspirasi bagi 'tajuk' kad kahwin yang baru...indah sekali bahasanya, puitis tetapi 'direct to the point' ... detik hati kala menerima kad kahwin ini...
Walaupun simple, kad kahwin tona hijau epal ini menarik perhatian team kadkahwinku.com kerana bukan saja berseri tetapi kad kahwin jenis dua lipatan ini turut dilengkapi waktu solat lima waktu pada ruangan aturcara majlis.
Tercatat seperti berikut....
Subuh 5.55
Syuruk 7.11
Zuhur 1.18
Asar 4.24
Maghrib 7.22
Isyak 8.32
Belum pernah rasanya menerima kad seumpama ini...kalau adapun, catatan biasa "surau disediakan untuk tetamu" tetapi kali ini lain daripada yang lain...kad kahwinnya rasa 'special' dek ada waktu solat tu...
Kadangkala peringatan dan hidayah itu datang secara tidak sengaja...pada kad kahwin pun ada cerita, ada 'bahasa Tuhan' yang halus dan tulus buat hamba-Nya yang sering lalai & lupa pada kewajiban nan satu itu....
Bak kad kahwin Redza, begitu juga majlisnya.....berlangsung penuh semangat kekeluargaan dan roh persaudaraan yang tinggi apatah lagi Redza ialah cahaya mata sulung pasangan Rosli Ahmad dan Norhayati Mahmud....pastinya yang pertama itu jadi nantian seisi keluarga....
Syabas dan tahniah buat 'kak lang yati' & suami kerana memberi 'warna' istimewa pada sekeping kad kahwin yang sering diabaikan dan jarang sekali dianggap bermakna....
Kad kahwin Redza & Asmatun rupa-rupanya bernilai tinggi apabila menyediakan maklumat penting sebegitu...macam 'directory solat' supaya kita akan selalu ingat....
Mudah-mudahan 'masjid' yang dibina berteraskan keimanan kepada Allah (SWT) berkekalan dalam suasana terindah...."mawaddah wa rahmah " - seperti tercatat pada baris terakhir doa pada kad kahwin ini "....Sempurnakanlah 'agama' mereka dengan berkat ikatan ini."
"Selamat Pengantin Baru" buat Mohammad Redza Hadzry & Asmatun yang meraikan majlis perkahwinan pada Ahad, 27 Julai 2008 bersamaan 24 Rejab 1429 Hijrah di Dewan MBSA, Seksyen 11, Bandaraya Shah Alam.
Nota:
• Terima kasih atas 'ole-ole' tu, cantik!....dan maaf dipohon kerana tidak dapat hadir...
• "Selamat Pengantin Baru" buat semua 'orang baru' - dariku untukmu....
Wedding Trends That Will Take Over 2022
2 years ago
No comments:
Post a Comment