SABTU, Putrajaya - Blog milik laman web www.kadkahwinku.com mula diaktifkan secara sederhana di restoran francais, Starbucks Coffee, sini hari ini.
Menerusi blog ini, pelbagai maklumat boleh dikongsikan bersama mereka yang terbabit secara langsung dengan laman web www.kadkahwinku.com terutama para pelanggan dan rakan niaga seperti
Dinawedding,
Nazim Zafri Photography dan
AsfagraphyBlog yang diberi nama KADKAHWINKU DOT COM...Lets Blogging WithKU! akan dijaringkan secara rasmi, mulai Isnin ini sebaik saja kerja-kerja penyelenggaraannya selesai sepenuhnya menjelang lewat petang esok.
"Ini adalah permulaan kami yang 'humble' bukan mendabik dada....cuma apabila dapat terbabit secara langsung dalam 'era blog' dan menjadi bloggers, kami merasakan ia salah satu pencapaian terbaik syarikat setakat ini."Selepas dapat menyediakan prasarana dot com sekaligus melancarkan sistem tempahan kad kahwin secara online pada Julai tahun lalu, Julai ini kami melancarkan pula blog.
"Sistem tempahan kad kahwin online kami meliputi prasarana payment gateway menerusi perbankan internet dan kad kredit - kesemuanya kini dikendalikan secara langsung oleh syarikat
Riz One Design&Communication and
CarenaQuest Design," kata Pengurus Pemasarannya, Luqman Nur Hakim.
Mengulas lanjut, beliau mahu blog ini menjadi medan mempereratkan semua komuniti di alam maya sesuai dengan motonya
"Lets Blogging WithKU" selain meningkatkan kualiti perkhidmatan menerusi komen pelanggan atau pembacanya.
No comments:
Post a Comment