TALKIN TERAKHIR....Bersemadi Imran Kassim buat selamanya...
Menginsafi Diri, Mensyukuri Kurniaan Ilahi...Al-Fatihah
MENYELONGKAR kisah hidup Allahyarham Imran Kassim mampu mencetus keinsafan team www.kadkahwinku.com kerana Allahyarham yang kembali ke rahmatullah minggu lalu pada usia 34 tahun ini masih muda dan belum pernah mengecapi nikmat hidup berumahtangga.
Malah, Allahyarham yang lebih senang dipanggil 'Andak' itu pergi tanpa ditemani ayahanda dan bonda dikasihi kerana kedua-duanya juga sudah menemui Yang Maha Esa lebih awal iaitu Allahyarham Kassim Yakin pada 28 Januari tahun lalu dan Allahyarhamah Meriam Bujal tanggal 12 Februari, tahun sebelumnya.
Walaupun Allahyarham 'pulang' tanpa meninggalkan zuriat dan waris keturunan tetapi budi baik , sifat mesra dan kerendahan hatinya akan tetap menjadi kenang-kenangan bagi sesiapa yang mengenali 'Andak' terutama ahli keluarga terdekat.
Ketika menghadiri majlis pengkebumiannya di Kampung Semin, Lubuk Cina (daerah bersempadan Melaka & Negeri Sembilan)...terfikir sesuatu mengenai Allahyarham Imran, mungkinkah dia tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana menyedari dia mengidap penyakit buah pinggang?
Penyakit yang dihidapi sejak usia lapan tahun iaitu pada darjah dua itu menghambatnya daripada aktif seperti rakan sebaya lain kerana dia bergantung dengan sebelah saja buah pinggang apabila sebelah kiri sudah tidak berfungsi.
Apabila melangkah remaja, dia sudah mula berulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan dialisis hampir setiap minggu. Namun, kecekalan hati membuatnya berjaya seperti insan lain - menamatkan persekolahan, melanjutkan pelajaran dan kemudian bekerja.
Agaknya dek tahu sakit, dia tidak mahu bercinta....tetapi tak mengapalah, itu lebih mulia daripada 'mempersendakan cinta' serta mudah saja menamatkan alam rumahtangga apabila 'dah tak cinta'..... atau lebih parah mengabaikan tanggungjawab selepas menimang cahaya mata yang dikatakan 'bukti cinta'.
Oleh itu, apa yang ingin dikongsikan ialah biar siapapun pun kita atau apapun dugaan hidup kita, hendaklah terus tabah menghadapinya kerana kasih sayang Allah SWT itu bukan bermakna kita pasti akan mendapat apa saja yang kita inginkan tetapi kadangkala ia jadi sebaliknya.
Ini berkaitan jodoh pertemuan serta usaha ke arah itu. Kadangkala dalam melakukan persiapan majlis perkahwinan yang terbaik sekalipun ada masalah timbul misalnya, lokasi majlis bertukar pada saat akhir, order pelamin biru laut jadi warna kelabu, tempah songket bunga tabur dapat pula bunga penuh, dah tempah kad kahwin 1000 keping tak cukup pula 99 keping atau ada pula kad kahwin tersalah cetak atau silap ejaan....semuanya ini tiada sesiapapun mahu, tetapi tetap berlaku.
Cuma, bagaimana kita menyelesaikannya secara bijaksana dan apakah keputusan terbaik kita?....Ini penting! Bak Allahyarham Imran, dia mungkin memutuskan untuk tidak berumahtangga kerana tahu tidak cukup upaya - dia juga akhirnya akur pada ketentuan Tuhan untuk 'pulang muda' sebelum sempat bergelar suami & ayah....
Seperti Allahyarham, hendaknya kita redha dengan kententuan Ilahi sambil mencari jalan penyelesaian terbaik . Bagi saya, asalkan 'si dia' yang didambakan tetap diperkenan Tuhan menjadi jodoh kita dan akhirnya bersatu mengecapi alam rumahtangga selamanya.....ini yang paling utama berbanding yang lain-lain itu.
Justeru, sekalung takziah juga Al-Fatihah daripada seluruh team www.kadkahwinku.com atas pemergian adinda dikasihi Allahyarham Imran Bin Kassim yang menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, jam 10.21 pagi tanggal 17 Julai 2008 bersamaan 14 Rejab 1429 Hijrah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.
Nota :
• Kakanda sulung Imran - Allahyarham Ghazali Kassim juga kembali ke rahmatullah pada 05 Julai dua tahun lalu.
• Takziah buat salah seorang keluarga team kadkahwinku.com atas pemergian ahli keluarga rapatnya "Along" pada 22 Julai 2008 akibat kemalangan jalan raya di Kuantan, Pahang.
Wedding Trends That Will Take Over 2022
2 years ago
4 comments:
isu semasa baru takde ke?
Thanks evil genius...makan kat bora cozy&cool kan? emmm....isu baru coming soon, stay tuned!
syabas team kad kahwinku....nak tanya, ini blog untuk kadkadwinku atau blog khas pengurus....tq
lawat :
www.flymiqa.blogspot.com
takziah buat andak...moga Allah mencucuri rahmat ke atasnya..
mak teh,tg 4 da mem0ri..husna amat menghargainya..
Post a Comment