Wednesday, July 16, 2008

"Bukan kami nak kahwin, tapi abangkan...."


SketsaKU I kadkahwinkudotcom

Kadkahwinku.com selalu sangat menerima maklumbalas pelanggan yang mengelakkan untuk membuat tempahan kad kahwin online terutamanya yang tinggal sekitar Lembah Klang (berdekatan dengan galeri Kadkahwinku.com).

Macam-macam alasan termasuk ada yang marah-marah tak mahu buat tempahan kad kahwin secara online tetapi mahukan harga promosi yang ada di laman web. Pernah sekali seorang team Kadkahwinku.com menitiskan air mata apabila diherdik kasar ketika cuba menerangkan kebaikan tempahan kad kahwin secara online

"Saya ni buta komputer, awak cakap senanglah....apalah salahnya saya dah datang sini, bagilah harga sama dengan website...bukan nak free, saya bayar, bukan dengan air liur, nak bagi awak duit tau....hai! susah...susah..." katanya sambil mencampakkan kad kahwin KASEHKU ke muka Team kadkahwinku.com dan berlalu.

Beginilah ragam pelanggan sejak memulakan kempen "Tempah Kad Undangan Perkahwinan Secara Online - Mudah & Murah" mulai Julai tahun lalu. Sejak itu, harga kad kahwin bagi tempahan di galeri lebih 10-20 peratus berbanding belian secara online.

Kempen itu kini genap setahun.... Alhamdulilah, kini kami bukan saja semakin 'matang' bahkan berjaya 'mengonline' ramai pelanggan kad kahwin baru termasuk yang 'buta komputer' . Berdasarkan rekod, hampir 20 peratus mereka yang tidak pernah melakukan pembelian menerusi internet dan pertama kali melakukan transaksi pembayaran menerusi perbankan online.

Maklumbalas yang diterima sangat memberangsangkan apatah lagi ramai yang mahu berkongsi pengalaman itu menerusi borang komen yang kami edarkan setiap kali mereka datang mengambil kad kahwin.

"Sekarang ini tak lagi pelanggan yang marah-marah malah yang puji-puji lagilah ramai...Alhamdulilah...kini, team kadkahwinku.com tak perlu menitiskan air mata tetapi tersenyum simpul apabila ada pelanggan berlagak macam tu...

"Tak payah layan, cakap sikit aje...kalau abang rasa kami menyusahkan abang, kami minta maaf...bukan kami yang nak kahwin, tapi abangkan.."


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SketsaKU II kadkahwinkudotcom

Berkongsi kesemua masa untuk membuat persiapan perkahwinan adalah saat paling manis pasangan yang sedang menuju gerbang perkahwinan termasuk bersama-sama memilih dan membuat tempahan kad undangan perkahwinan secara online.

Jika waktu pejabat suntuk, ambil masa selepas waktu kerja 'dating' dan membuat tempahan kad kahwin bersama sambil menikmati minum petang atau makan malam. Telusuri laman web www.kadkahwinku.com dalam keadaan santai dan buat pilihan mengikut 'rasa' atau bajet.

Kebanyakan restoran dan tempat makan kini sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma bagi kemudahan internet. Jika sesiapa yang tinggal di Bangsar, mesti tahu restoran mamak Mahbub...emmm, di sana ada Wi-Fi. Kena roti canai dan teh tarik pun boleh buat tempahan online atau semak artwork kad kahwin.

Bagi yang tinggal di Putrajaya, ada 'outdoor food court' baru buka di Precint 9 yang ada Wi-Fi...emm tempat happening juga...buka hingga jam 1 pagi. Order air segelas, dah boleh minta password.

Jika rajin ke KLCC, gelombang Wi-Fi merata-rata...jika sudah bosan dengan KFC & McD, boleh makan BurgerKing di depannya dan ada Wi-Fi..atau jika yang tinggal di Melawati, ada satu kedai makan, namanya Sakura - akan on Wi-Fi sampai jam 12 malam.

Ada bajet lebih sikit dan mahu lebih privacy, lepak di Starbuck Coffee...akan on Wi-Fi hingga jam 12 malam juga....tetapi yang bagusnya ialah boleh cas bateri laptop...jadi, tak risau lagi. Juga, kalau ada tempat hotspot seperti Secret Recipe & Dunkin Donut, belilah kad Hot Spot aje.

IKLAN FREE: Bila cakap pasal donut, ada satu best in town...J.Co ...donut dia sedap sungguh...cubalah tiramisu & mochino...waalaah... tapi paling penting, makan kat situ ada Wi-Fi FREE juga..Bila order donut, jangan lupa minta 'password'....

Mahu lebih eksklusif, Restoran Seri Melayu (RSM) , Jalan Conlay juga ada Wi-Fi. Dengarnya buffet lunch dia pun murah sekarang...jadi, bolehlah 'lunch date' kat sana, sama-sama pilih dan tempah kad kahwin secara online dari situ.

Ada lagi satu tempat makan dekat Pusat Sukan Ampang (Sport Planet - futsal arena). Bora Ombak - restoran ala bali ni pun ada Wi-Fi dan 'power connection' - 'special'nya boleh makan secara 'privacy' dalam 'wakaf' sambil menjamu selera hingga jam 1 pagi.

Kebanyakan pusat beli belah yang besar dan terkenal seperti Alamanda, Pavillion, MidValley & Sunway Pyramid juga menyediakan Wi-Fi untuk pengunjung, bukan itu saja...tapi, 'free Wi-Fi'....maknanya boleh lepak kat 'food court' dan boleh 'browse' internet....harga makanan kat
'food court' murah, jadi jimat sangatlah tu.

Jadi, tiada alasan untuk mengatakan TAK NAK kepada tempahan kad kahwin secara online lagi...oppsss...jika saya tak de komputer apatah lagi 'broadband', macammana? Lagipun saya dekat dengan kedai kadkahwinku.com..jadi, bolehlah berulang alik ke situ..

Itupun bukan alasan, pergilah 'CyberCafe' (CC) ...aaa...kat sana bukan saja ada komputer, internet dan pembantu CC bahkan boleh 'print out' apa-apa yang rasanya perlu seperti - invoice, resit tempahan atau artwork kad kahwin...kan lagi senang!

3 comments:

Unknown said...

Betul lah... Donut J.Co sedap... Sakura nyer Wi-Fi laju giler...

ahaks said...

Untuk org2 yg ade laptop/notebook bole ler..
Nak gi CC plak leceh ler..

ratalu said...

Good blog! You have described in a nice way.
Thanks for sharing this information.
kadkahwindiy