Saturday, October 25, 2008

CELEBRATIONS!


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Happy Diwali to all our valued customers!

Thursday, September 4, 2008

TAN SRI A.SAMAD ISMAIL (24 April 1925 - 4 September 2008)

PAK SAMAD DALAM KENANGAN....Terima kasih kepada Rocky Bru's kerana foto ini diambil dari blog beliau. Oleh Dewi Murni Mohamed

Petaling Jaya, Khamis - LERAI semua rindu apabila menatap wajah terakhir tokoh wartawan yang banyak berjasa kepada negara ini, Allahyarham Tan Sri A. Samad Ismail atau lebih dikenali sebagai Pak Samad, di sini hari ini.

Walaupun pertemuan itu bukanlah seperti dahulu, sekurang-kurangnya pemergian Allahyarham ke rahmatullah tidak ditangisi sebaliknya saya anggap sangat mulia, penuh rahmat dan kasih sayang Ilahi.

Pak Samad 'pulang' ke rahmatullah dalam usia 84 tahun ketika umat Islam berpuasa pada hari keempat Ramadan 1429 Hijrah dan InsyaAllah akan dikebumikan pada Hari Jumaat, 5 Ramadan 1429H iaitu selepas solat Jumaat.

Bagai tercium 'harumnya' kuburan Pak Samad nanti, InsyaAllah dek kerana jasa dan baktinya terhadap tanahair sepanjang hayatnya. Bukan saja memartabatkan dunia kewartawanan sebelum perang, selepas perang sehingga kemerdekaan dan selepas merdeka...Allahyarham saya anggap pejuang dan pengisi kemerdekaan sebenar Malaysia.

Perjuangan dan pengorbanan Pak Samad tidak pernah mengharapkan balasan atau apa-apa....

Terpanggil juga untuk mengabadikan sekalung perhargaan kepada Pak Samad yang kerap saya ziarahi ketika mahu menyiapkan banyak tugasan bagi kuliah Sebaran Am & Komunikasi Massa (Kewartawan) saya di Institut Teknologi Mara (ITM) sekitar tahun 1997-1998.

Pak Samad juga yang menyelamatkan saya apabila menyumbang artikel penting ketika projek akhir iaitu menerbitkan majalah Shah Alam Jurnalis - Mesin taipnya rosak, dah deadline pula...kerana kasihankan saya, Pak Samad menulis tangan...

Ketika itu, Pak Samad juga sudah uzur & kerap demam...katanya sakit kencing manis menyebabkan dia lemah. Tetapi, jika berbual mengenai kewartawanan dan Pak Sako, saya lihat matanya bersinar-sinar...

Selepas itu, sibuk dengan kerja di Berita Harian saya tidak pernah berjumpa Pak Samad lagi. Terakhir saya melihatnya datang ke news room Berita Harian tetapi tidak sempat bersalam kerana melihat dia masuk ke bilik Ketua Pengarang dan saya bergegas keluar membuat liputan.

Selepas itu, saya juga ada menitipkan salam buatnya selepas mendapat tahu dia masuk hospital menerusi Allahyarham Bung Karim...yang juga sudah kembali ke rahmatullah, Al-Fatihah.

Emmm....apabila mengimbau kenangan dengan Pak Samad...baru kini saya menitiskan air mata. Saya sangat mengagumi tokoh hebat ini...Mata penanya bukan saja tajam malah dia bisa 'meramal masa hadapan'...Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman, Al-Fatihah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

* Allahyarham Tan Sri A.Samad Ismail menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.58 petang di Pusat Perubatan Pantai tanggal 4 September 2008 bersamaan 4 Ramadan 1429 Hijrah. Jenazah dibawa pulang ke kediamannya di 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya dikebumikan selepas solat Jumaat, 5 Sepember 2008 bersamaan 5 Ramadan 1429 Hijrah di Tanah Perkuburan Bukit Kiara berdekatan dengan makam isterinya, Allahyarhamah Puan Sri Hamidah Hassan.

* Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengetuai lautan manusia yang mengerjakan solat jenazah di Masjid Al-Malik Faisal, Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Jalan Universiti seterusnya ke tanah perkuburan.

* Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Aisyah Ghani, Menteri Kanan Hal Ehwal Luar Singapura, Zainal Abidin Rashid, Sasterawan Negara, Datuk A.Samad Said antara tetamu kehormat yang turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

* Takziah kepada seluruh ahli keluarganya Tan Sri A Samad Ismail daripada Team Kadkahwinku.com

* Salam kami buat Nuraina A.Samad Ismail dan Maria A.Samad Ismail juga....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
* NEWS UPDATE ON GREAT MAN: TAN SRI A.SAMAD ISMAIL
1) The STAR
2) MalaysiaKINI
3) New Straits Times NST
4) BERNAMA.com
5) MStar (The Star Malay Version)
6) My SIN CHEW
7) BERITA HARIAN

Wednesday, August 27, 2008

ULANGTAHUN PESONA PENGANTIN KE-7

Happy Birthday lagi...Ogos ni, Team KadkahwinKu.com sibuk pergi 'birthday party'...next? Anyway...congrats to Kak El & team, dah 7 tahun...emm boleh sekolah...dah kena daftar Tahun 1 ni. FOTO BY DMM

Berjaya Times Square, Rabu - TAHNIAH BUAT PASUKAN MAJALAH PESONA PENGANTIN yang meraikan sambutan ulang tahun ke-7, di sini hari ini.


Pesona Pengantin yang diketuai oleh editornya, Cik Elana bukan saja diraikan malah meraikan sebahagian besar pengusaha industri perkahwinan di negara ini yang semakin berkembang.

Majlis sambutan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Noraini Ahmad. Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Dato' Haji Hussamuddin.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti tempatan termasuk Diana Danieal, Iqram Dinzli, Fauziah Ghaose, Shila ND Lala dan ramai lagi serta dipengerusikan oleh pengacara terkenal Ritche Rachman.

Turut hadir memeriahkan ialah pakar perkahwinan, Puan Mehran Sedit dari Yan Seri Andam (YSA) Wedding Consultant Sdn Bhd.

Thursday, August 14, 2008

DINAWEDDING NEW OFFICE & STUDIO....Congratulations!!!

Happy Birthday To You!....Congratulations To You To....Diinaaaaweeedddinggg....yeah! FOTO BY NAZIM ZAFRI

MELANGKAH masuk ke 'ruang baru' Dinawedding Group bak membuka satu pintu ke arah penyatuan kumpulan....Ini kerana banyak aktiviti akan dapat dilakukan secara bersama di bawah satu bumbung pada masa depan.

Ruang pejabat dan studio baru Dinawedding di Seri Kembangan luas dan lapang - muat untuk semua orang. Walaupun belum 'furnished' sepenuhnya, 'ruang baru' ini amat dirasakan 'proximity'nya...

Majlis ringkas meraikan prapembukaannya disempurnakan oleh Ady Aveo bersempena juga dengan prasambutan ulangtahun Dinawedding pada 1 November ini, InsyaAllah...

Kek comel sebagai pelengkap majlis dipotong kiub kecil dan 'dinikmati' beramai-ramai sebagai tanda penyatuan dan perpaduan.

"Tak sangka semua datang...kalau hari biasa, semuanya sibuk, susah betul nak kumpul macam ni, kan? Tak pelah...nanti kita buat majlis lebih official bulan sebelas ni...niatnya nak 'tumbang kambing seekor'...ala ala barbeque d'tebing..

"Kita ajak orang penting Dinawedding sekali, ok?" kata Ady Aveo yang ceria selepas diberi penghormatan meniupkan lilin kek comel sempena prasambutan majlis ulangtahun Dinawedding.


Turut hadir pada majlis ringkas - Wira Hidayat, Nizam, RizOne, Roslim Jamil, Nazim Zafri, CN Irwan, Azhar, Piee, Dewi Murni, Sham, Lan Kawak, Aji & Ana serta ramai lagi member of Dinawedding.

NOTA: Client pertama melangkahkah kaki ke Dinawedding new studio & office - Yang Mulia Syed Muhammad Hafiz (cucunda kepada Raja Perlis Indera Kayangan). Thank you & enjoy 'browsing' around...!

Majlis Doa Selamat dan Kenduri Ulangtahun Dinawedding akan diadakan pada 1 November 2008, InsyaAllah. Butiran lanjut akan diumumkan di laman web http://www.dinawedding.com Semua dijemput hadir.

BEIJING 2008 OLYMPIC GAMES & BIRTHDAY KU 080808....

SHARING BIRTHDAY ON AUGUST 2008.....Menyambut hari jadi putera kepada Pengurusan Pemasaran Team Kadkahwinku.com serentak Sukan Olimpik Beijing 08.08.08 & Hari Kemerdekaan Malaysia 31.08.08.
FOTO BY ROSLIM JAMIL (using canon eos450D)

Putrajaya, Jumaat - MENYAKSIKAN acara perasmian Sukan Olimpik Beijing 2008 malam kelmarin menerusi Channel OLY1 Astro
- rasanya bagai mahu melompat masuk ke peti televisyen apatah lagi ketika Li Ning - atlet China yang digelar "Price of Gymnastics" berlari mengeliling stadium di udara sambil membawa obor Olimpik....wow!

"Speechless...terdiam, ternganga dan anak mata terpana ke kaca tv...kagum dengan gimik yang begitu hebat! Sememangnya China sudah terlebih dahulu memecahkan rekod olimpiknya menerusi acara pembukaan yang tak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.

Sukan Olimpik Atlanta 2004 - Amerika Syarikat selaku tuan rumah lima tahun yang lalu pun, gimik acara pembukaannya cuma yang biasa-biasa saja...biasalah ada artis menyanyi, atlet berlari menghidupkan obor oimpik dan percikan bunga api...

ANEKDOT: Aksi stunt Li Ning, 44 yang disaksikan secara langsung oleh jutaan manusia di seluruh dunia itu diilhamkan oleh pengarah filem terkenal China, Zhang Yimou (pengarah filem House of Flying Daggers) dan hanya mengambil masa '20 malam' saja untuk latihan - Sessi latihan Li Ning hanyabermula pada jam 2 pagi.

Sememangnya China kini menjadi 'sleeping dragon' yang sudah jaga dari tidur yang panjang, kini bangkit menyemburkan api paling panas....sekaligus membuktikan saranan Rasullullah SAW supaya kita menuntut ilmu hingga ke negeri China adalah benar belaka.

"Bangga sangat rasanya...walaupun bukan Malaysia, kini sukan Olimpik berlangsung di Asia. 'First time' ni....taklah asyik 'europe' aje..." kata salah seorang team Kadkahwinku.com

Perkembangan Sukan Olimpik Beijing 2008 yang bermula pada tarikh 080808 itu sebenarnya amat bermakna buat Kadkahwinku.com juga kerana ia serentak dengan ulangtahun ke-8 kami !

Alhamdulilah! Kami sudah meniti usia lapan tahun sejak ditubuhkan pada tahun 2000. Tak sangka! Masa begitu cepat berlalu dan kami kian matang menempuh tahun baru yang mendatang.

Azam kami ialah apa jua rintangan dan cabaran akan dihadapi secara bersatu dalam kumpulan - Team Kadkahwinku & Dinawedding Group. Yalah, dengan kenaikan harga kertas beberapa kali pada tahun ini dan terakhir Julai lalu sehingga 20 peratus berikutan kenaikan harga minyak dunia....sememangnya memberi tekanan kepada kami.

Selain itu, saingan daripada pengendali kad kahwin yang turut melancarkan jualan secara online dan ribuan blog yang diwujudkan untuk menjual kad kahwin iaitu selepas kami melancarkan kempen berkenaan Ogos tahun lalu turut memberi kesan besar.

Ini kerana ada yang 'membuang' harga atau membuat promosi yang mengelirukan. Kami cuma mengharapkan agar tetap bertahan tidak menaikkan harga kad kahwin dan mengekalkan harga lama semampu yang boleh...demi kebajikan pelanggan setia kami, InsyaAllah....

Namun, birthday Kadkahwinku.com ini belum disambut lagi kerana ramai ahli team yang tidak dapat hadir...Al-maklum tarikh keramat ini sudah 'dibooking' oleh ramai pasangan pengantin baru...

InsyaAllah, majlis lebih official bakal disambut pada Ramadan Al-Mubarak yang bakal tiba 2 minggu lagi. Jika sampai masanya nanti, akan kami kongsikan majlis itu dengan anda semua. Moga tetap setia bersamaKU....We Love You!

Saturday, August 9, 2008

Jumpa "First Love" dia... sekarang ni kad kahwin romantik dah jadi dramatik...

SKETSA 1 kadkahwinku.com

KEHIDUPAN tidak selalunya senang. Bak roda yang berputar, kadangkala kita di atas dan ada masanya turun ke bawah. Seringkali apabila ini berlaku, kita cepat memandang orang yang 'berada' berbanding yang 'kurang ada'...sebab itu kita mudah rasa rendah diri.

Selalu kita jumpa orang yang begini, mengeluh tentang kehidupan dan ada masanya menyalahkan takdir, kenapa aku begini? Kenapa orang lain begitu? Kenapa aku kahwin dengan 'piun' sedangkan dia kahwin dengan 'anak raja'?...begitulah keluhan yang selalu didengar...

Sabtu lalu, kebetulan bertemu salah seorang bekas team kadkahwinku.com yang sudah terputus hubungan. Puncanya, dia posting ke luar negara dan kemudian 'lost contact'. Dalam seronok timbul rasa belas apabila mendengar kisahnya sekarang....pasangannya bermain kayu tiga!

Ini memang berat! Selepas berhabis puluhan ribu ringgit untuk menyempurnakan majlis perkahwinan yang gilang dan gemilang...tup! tup! hati si dia beralih pada yang yang lain.

"Apa nak buat, semua dah takdir...aku tak dapat menolak," katanya sayu sambil membelek-belek kad undangan perkahwinan di galeri kadkahwinku.com

"Simpan lagi kad kahwin aku? Lawakan...dulu rasanya kad aku la yang paling 'vogue'.... tapi apa nak buat...cantik & romantik pun, sekarang ni semuanya dah bertukar jadi dramatik...

"Isunya - dia jumpa semula "first love" dulu....tak kahwin lagi. Aku tak tau nak kata apa...nak halang, ini membabitkan hati dan perasaan. Aku tak suka paksa dia sayang kat aku, walaupun berhak buat camtu...

"Sekarang ni, kami sedang cuba menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik. Aku tak suka gaduh atau buat huru-hara. Biarlah perkahwinan ini menjadikan kami berdua insan yang matang, betul kan?" katanya panjang lebar membuat kami semua ternganga.

Begitulah kehidupan...tak semua yang kita harapkan berpihak pada kita. Ada masanya meleset terus daripada jangkaan.

Apapun, "salute" kepadanya kerana dia tak 'mengeluh kosong' - maksudnya dia mengeluh sekadar untuk meluahkan isi hati bukan menyalahkan takdir. Malah, dia tahu pula apa yang perlu dilakukan dan memilih untuk penyelesaian terbaik....tahniah!

Pesan kami - "Belek semula kad kahwin yang penuh catatan bersejarah itu. Bukan saja nama si dia & tarikh kahwin yang tercatat di sana bahkan nama ibu bapa, ahli keluarga, deretan nombor telefon serta alamat kampung halaman, mudah-mudahan ia memberi 'jalan pulang' buat kamu berdua."

Team 'Ku' sentiasa mendoakan 'ending story' terbaik buat 'Mu'....InsyaAllah...

SKETSAKU 11 kadkahwinku.com

KAMPUNG BARU, Kelab Sukan Sultan Sulaiman (KSS) - Nasi lemak bungkus masih panas lagi ketika kami tiba. Aroma nasi lemak daun pisang yang dibungkus comel (bungkusannya memang kecil-kecil...) singgah di hidung kami bikin air liur meleleh..teruja sekali untuk menikmati nasi lemak Kampung Baru City Garden @ CT Roses, malam ini.

Hidangan nasi lemak daun pisang dilengkapi aneka lauk pauk ringkas pembuka selera seperti paru sambal, sotong pedas, ayam goreng panas, petai cili, sambal ikan bilis dan aneka yang lain menambah nafsu makan kami yang memang sedang lapar ini.

Pemandangan padang bola saujana mata memandang di pinggir kelab sukan bersejarah ini, KSS Kampung Baru pula menjadi 'teman santapan' kami selain menara KLCC yang tersergam bercahaya di sebelah kanan, benar-benar membuat ' late supper' kami begitu bermakna sekali...ringkas, santai tetapi berbaloi!

Begitulah juga apabila memilih kad kahwin - jangan terlalu cerewet atau mahukan yang lebih-lebih kerana kadangkala kad kahwin yang biasa-biasapun sudah nampak cantik. Misalnya, KASEHKU walaupun kecil dan comel tidak bermakna ia tidak 'class'....

BUNGA CINTAKU pula jika tanpa riben pun sudah nampak manis atau BABY BUTTERFLYKU tanpa kupu-kupu masih ada daya tarikan tersendiri....Sama juga MELATIKU walaupun tanpa cetakan hot stamping dan CITRAKU tanpa inlay - ternyata masih 'outstanding'...

Maknanya - riben, rama-rama, tali emas, hot stamping dan inlay hanyalah hiasan tambahan bukan 'compulsory' . Tanpa semua itu jika kena gayanya, kad kahwin masih cantik dan menarik.

Apa yang paling utama ialah harganya. Jika bajet memang tersedia, boleh pilih apa saja berkenan di hati...tetapi jika ekonomi tidak mengizinkan, cukup sekadar yang mampu kerana jangan dek kad kahwin timbul perbalahan...

Teringat kes terbaru, pelanggan mendakwa kad kahwinnya datang sekali dengan riben organza...padahal ia adalah hiasan tambahan...huru haralah jawabnya....Team Kadkahwinku.com terpaksa menjawab berjela-jela bagi menjelaskan situasi...Pelik juga kerana dia membuat tempahan online makanya sudah memahami semua terma dan syarat terperinci...

Semalam, kes lain. Pasangan ini 'berperang' dek masing-masing punya citarasa kad kahwin sendiri....mahu kongsi kad kahwin supaya dapat harga rendah tetapi tak mahu berkongsi pendapat supaya akur pada satu pilihan, camne ni....susahnya!

Team Kadkahwinku.com pun pening kepala - nak sokong pihak mana satu, perempuan ke lelaki? Nanti jadi 'perang dunia' lagilah parah kami...tak mahu ini berlaku, kami terpaksa menasihatkan mereka supaya berbincang baik-baik...nanti dah reda, datang semula dengan keputusan bersama...kami tak kisah kalau lambat sikit tempah, asalnya jangan tak jadi kahwin, dahlah....

Inilah rencah dan rempah ratus kehidupan insan bernama manusia....Jika semuanya sama rasa, tak menarik pula dunia ini kan? Maknanya, Allah SWT mencipta kita berbeza pendapat dan berlainan citarasa bagi menggambarkan kebesaran dan keadilan-Nya.

Namun, nasi lemak Kampung Baru City Garden @ CT Roses - ini cerita lain....kami berani 'beating'....sesiapa yang singgah makan kat sana, mesti angkat dua tangan, setuju punya....walaupun tempatnya 'tak class' - nasi lemak bungkus daun pisangnya, memang 'power'!

Saturday, August 2, 2008

PIKOM PC FAIR 2008....Pameran ala 'gadis litar'?

PENGUNJUNG TERMUDA...Baby Asyrina, tiga bulan 1o hari (baru lepas pantang 100 hari) pun tidak ketinggalan menyaksikan pameran komputer. Agaknya bagaimana perkembangan IT ketika baby Asyrina berusia 17 tahun, nanti ya?

KLCC, Sabtu - SINGGAH ke Pameran Antarabangsa Komputer PIKOM (PIKOM PC Fair 2008) di Kuala Lumpur Convention Centre
yang berlangsung dari 1 hingga 3 Ogos amat menyeronoknya.

Kesedaran Teknologi Maklumat (IT) kini tidak terhad kepada 'orang tua' malah si kecil 3 bulan pun sudah mengenali PC Fair 2008 apabila dibawa ibu bapa meredah pameran yang dilawati lebih 1 juta pengunjung ini.

Jika dahulu komputer hanya untuk orang dewasa atau yang sudah bekerja, komputer hari ini lebih bersifat 'personal' apabila remaja belasan tahun sudah mula mendapatkan gajet mereka sendiri dengan datang beramai-ramai ke pameran komputer terbesar di Malaysia itu.

Pemandangan PIKOM PC Fair 2008 ini memang saling tak tumpah seperti di Imbi atau Plaza Low Yat - ada yang mengusung 'printer', ada yang memikul 'CPU', tak kurang yang menyandang bag galas berisi laptop yang baru dibeli...tetapi suasana kali ini lebih meriah kerana ramai yang datang berkumpulan.

Selain itu, berpuluh ribu pengunjung bertali arus membawa segala macam 'flyers' tawaran barangan komputer. Lebih bergaya apabila mereka diberikan beg kertas percuma produk berjenama seperti HP, Canon, Epson, Sony, Dell, NEC, Toshiba, Samsung dan pelbagai cenderahati topi dan kipas.

PIKOM PC Fair 2008 kali ini memperuntukkan tiga aras bagi ruang pameran - Aras 1(Hall 5&6) manakala 'Booth' di Aras 2 (Hall 3&4)pula mempamerkan produk peralatan audio video, elektronik dan digital seperti speaker dan kamera serta perisian komputer dan Aras 3 (Hall 1&2) menempatkan 'booth' jenama besar seperti Apple, Canon, Kodak, Oki dan Nikon.

Justeru, syabas kepada PIKOM selaku penganjur PC Fair 2008 kerana berjaya menjadikan pameran tiga hari ini bukan saja acara negara tetapi mewujudkan kesedaran cukup tinggi bahawa komputer bukan lagi lambang kemewahan tetapi keperluan dan kini menjadi WAJIB!

IssueKU 1 kadkahwinku.com

PIKOM PC Fair 2008 memang 'happening'....seperti namanya, begitu juga 'exhibitor' yang memperagakan barangan komputer kerana mereka turut 'mempamerkan' gadis manis berpakaian ala 'gadis litar' ...

Tugas si manis ini ialah mengedarkan 'leaflet' kepada pengunjung sambil menyapa dan mendorong agar berkunjung ke 'booth' pameran mereka.

Kehadiran ala 'gadis litar' berpakaian seksi dan tersenyum mungil sambil menghulurkan' leaflet' bukan saja mampu membuat mata sesiapa tak hanya pandang sekali tetapi melirik semula walaupun selepas berlalu...

Ini saja yang kurang 'best'.... Bukan mendakwa 'alim' atau berfikiran sempit tetapi apabila melihat kehadiran pengunjung yang separuh ialah remaja malah ada ibu bapa yang membawa anak kecil..timbul rasa tak 'syok'....

Ribuan 'baby stroller' di aras bawah yang terpaksa ditinggalkan ibu bapa kerana tidak boleh dibawa masuk ke bilik pameran membuktikan betapa ramainya kanak-kanak yang ikut serta dalam PIKOM PC Fair kali ini.

Memang benar kita tak dapat menegah penganjur dan peserta berbuat apa saja asalkan dapat menarik lebih ramai pengunjung tetapi seperti garis panduan tatacara pakaian ke pameran misalnya, melarang 'berselipar jepun' - kan lebih baik ada tatacara atau etika berpakaian sopan.

Bukan tidak boleh ada perempuan cantik...bukan tak boleh ada gadis seksi kerana ia boleh jadi daya penarik...boleh 'cuci mata' bak kata salah seorang team kadkahwinku.com yang masih 'teruna' ...tetapi hendaknya biarlah ia kena dengan acara dan tempatnya.

Jika pameran kereta lumba, ok! Pameran kereta mewah, pun ok! Pameran fesyen dan intan berlian...tersangatlah ok! Tetapi jika pameran itu membabitkan pengunjung umum seperti remaja dan kanak-kanak macam PIKOM PC Fair 2008 ini, rasanya ko...kot! What say you?...

IssueKU 11

Kesedaran IT hari ini memang menarik....PC Fair 2008 menjadi pencetus ke arah itu kerana pada pameran kali ini banyak komputer riba berkuasa tinggi yang ditawarkan pada harga yang rendah kerana ada yang boleh dibeli pada harga RM999 sebuah...

Kebanyakan gerai yang menjual laptop menjadi 'favourite' bukan tetapi golongan muda terutama remaja yang masih menuntut, tak kurang juga yang masih bersekolah menengah, mungkin 'disponsor' ibu bapa selain tak kurang yang sekadar melihat-lihat dan membuat 'pandu uji'....

Inilah 'signal' terbaik menunjukkan golongan muda kita bukan saja semakin celik komputer tetapi bijak IT....umur masih remaja tetapi sudah ada keinginan memiliki komputer riba sendiri...

Apa yang diharapkan mudah-mudahan golongan remaja menggunakan teknologi IT - komputer & internet bagi tujuan meneroka ilmu pengetahuan dan kebaikan masa depan, bukan untuk yang lain-lain.....(tot)

Tuesday, July 29, 2008

"ISRAK & MIKRAJ ....Perjalanan Menemui Tuhanmu.."

MALAM ini Rasulullah SAW yang dikasihi naik ke langit menemui Allah SWT...Baginda melalui satu perjalanan yang sangat panjang tetapi tempohnya hanya sekelip malam!

Melalui Israk (perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa) dan Mikraj (naik ke Hadratulqudus menemui Allah)...Baginda bukan saja melihat gambaran 'dunia semalam dan sekarang' dari 'atas' tetapi 'dunia akan datang' selepas akhir zaman...

Perjalanan "Israk & Mikraj" - menemui pencipta adalah sesuatu yang 'besar'..Sebagai peringatan buat kami team kadkahwinku.com dan sesiapa saja...dikongsikan dialog terakhir antara Allah SAW dan Muhammad, Rasul-Nya di langit ketujuh:

Allah SWT : Ya Muhammad!

Rasulullah : Labbaika!

Allah SWT : "Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan..."

Rasulullah : "Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi.

"Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin.

"Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan..."

Allah SWT : "Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.

"Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy....

"Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang...."

Justeru, setiap malam 27 Rejab pada setiap tahun...kita renungilah dunia dan diri kita ini yang kian hari semakin tua dan mudah lupa....InsyaAllah...

'"Turut Mengundang ke Turut Mengandung...?"

Jika pendeta Za'aba masih hidup, dia pasti tersenyum kerana bait-bait bahasa pada sekeping kad undangan perkahwinan hari ini, semakin indah & kian berbunga-bunga.....

Walaupun rekaan kad kahwin sekarang lebih moden dan ada yang agak keinggerisan dengan tona warnanya pelik-pelik tetapi jika menelusuri susunan ayat jemputan, kita akan dapati ia lebih bersifat kemelayuan.

Misalnya, selalu sangat kita jumpa ayat sebegini sekarang : "Setepak sireh, sekacip pinang, salam dihulur bagi mengundang...........ke istiadat majlis perkahwinan anakanda puteri kesayangan kami....bla..bla..bla..."

Atau, begini : " Bertakhtakan adat dan bersendikan Sunnah Rasul, mendirikan istana kasih tanda termeteri ikatan dua hati yang sejati...bla.bla..."

Berbanding sebelum ini, kad kahwin dulu-dulu lebih 'straight forward' : "Dengan penuh kesyukuran, kami mempersilakan....ke majlis perkahwinan anak perempuan kami...bla..bla.."

Namun, ada juga yang 'terlebih' puitis sehingga bercelaru rasanya...entah ke mana nahunya, mana satu pula perenggannya, titik dan koma, huruf besar dan kecil atau lebih parah jika ejaannya pun salah....'bersamaan' jadi 'bersaman'...ini boleh kena saman nih!

Kadangkala kesalahan ejaan terlalu ketara sehingga menyebabkan ia bukan saja hilang makna tetapi memberi pengertian lain, misalnya nak eja 'turut mengundang', jadi 'turut mengandung'....ini berat!

ANEKDOT : Terima kasih & tahniah kepada pasangan 'Azrul & Hayatee' serta bondanya kerana mengambil inisatif mencetak semula 1000 keping kad kahwin "First Loveku" walaupun sedikit kesilapan ejaan yang tidak disengajakan.....thanks bro!

Bagaimanapun, perkembangan 'bahasa kad kahwin' ini sangat baik terutamanya bagi pengkaji bahasa Melayu. Ia memberi lebih ruang kepada mereka untuk meneroka lenggok bahasa pada sekeping kad undangan perkahwinan yang tak pernah dikaji sebelum ini.

Hasil kajian tentunya memberi kelebihan kepada semua pihak. Ini kerana kad kahwin sekarang simbol undangan terpenting. Berbanding dahulu, jika kad kahwin dihulur...itu dikira tak ikhlas menjemput. Istilahnya dahulu "jemput mulut" - barulah ikhlas menjemput.

Sekarang ini, kalau tak beri kad kahwin - itu menjadi 'kesalahan' cukup besar....terutama jika majlis diadakan pada tempat tertutup seperti hotel atau dewan....(kalau "jemput mulut" jangan cuba-cuba datang!) - ia dianggap 'ajak-ajak ayam'...

Walaupun era teknologi memberi laluan besar kepada internet dan telefon gengam..kad kahwin tetap penting...Biarpun yang paling murah, nilai sekeping kad kahwin yang boleh dibelek dan dipegang malah, kadangkala dicium itu, tak sama dengan email atau SMS...

Justeru, bagi memastikan kad kahwin tetap jadi 'wadah terpenting' itu serta martabatnya menjadi lebih tinggi, nahu bahasa Melayunya perlu selalu diperbaiki dan lebih diperhalusi oleh para pembuat kad kahwin serta bakal pengantin.

Jika sekalipun tak mampu menjadi bak Pendeta Za'aba - memperjuangkan bahasa ibunda secara sukarela tanpa minta dibayar sesenpun, kita sebagai penggunanya wajib memelihara bahasa Melayu sebagai pusaka generasi akan datang....tepuklah dada, tanyalah selera!

Ada cadangan atau bahan yang mahu kami siarkan, hantarkan email ke : info@kadkahwinku.com

Monday, July 28, 2008

'Orang Baru'...REDZA & ASMATUN (27.07.08)

MEMBELEK kad kahwin Redza & Asmatun yang tercatat "Undangan Meraikan Majlis Pernikahan" mencetus inspirasi bagi 'tajuk' kad kahwin yang baru...indah sekali bahasanya, puitis tetapi 'direct to the point' ... detik hati kala menerima kad kahwin ini...

Walaupun simple, kad kahwin tona hijau epal ini menarik perhatian team kadkahwinku.com kerana bukan saja berseri tetapi kad kahwin jenis dua lipatan ini turut dilengkapi waktu solat lima waktu pada ruangan aturcara majlis.

Tercatat seperti berikut....
Subuh 5.55
Syuruk 7.11
Zuhur 1.18
Asar 4.24
Maghrib 7.22
Isyak 8.32

Belum pernah rasanya menerima kad seumpama ini...kalau adapun, catatan biasa "surau disediakan untuk tetamu" tetapi kali ini lain daripada yang lain...kad kahwinnya rasa 'special' dek ada waktu solat tu...

Kadangkala peringatan dan hidayah itu datang secara tidak sengaja...pada kad kahwin pun ada cerita, ada 'bahasa Tuhan' yang halus dan tulus buat hamba-Nya yang sering lalai & lupa pada kewajiban nan satu itu....


Bak kad kahwin Redza, begitu juga majlisnya.....berlangsung penuh semangat kekeluargaan dan roh persaudaraan yang tinggi apatah lagi Redza ialah cahaya mata sulung pasangan Rosli Ahmad dan Norhayati Mahmud....pastinya yang pertama itu jadi nantian seisi keluarga....

Syabas dan tahniah buat 'kak lang yati' & suami kerana memberi 'warna' istimewa pada sekeping kad kahwin yang sering diabaikan dan jarang sekali dianggap bermakna....

Kad kahwin Redza & Asmatun rupa-rupanya bernilai tinggi apabila menyediakan maklumat penting sebegitu...macam 'directory solat' supaya kita akan selalu ingat....

Mudah-mudahan 'masjid' yang dibina berteraskan keimanan kepada Allah (SWT) berkekalan dalam suasana terindah...."mawaddah wa rahmah " - seperti tercatat pada baris terakhir doa pada kad kahwin ini "....Sempurnakanlah 'agama' mereka dengan berkat ikatan ini."

"Selamat Pengantin Baru" buat Mohammad Redza Hadzry & Asmatun yang meraikan majlis perkahwinan pada Ahad, 27 Julai 2008 bersamaan 24 Rejab 1429 Hijrah di Dewan MBSA, Seksyen 11, Bandaraya Shah Alam.

Nota:
• Terima kasih atas 'ole-ole' tu, cantik!....dan maaf dipohon kerana tidak dapat hadir...
• "Selamat Pengantin Baru" buat semua 'orang baru' - dariku untukmu....

Tuesday, July 22, 2008

IMRAN KASSIM...Dalam Memori (1974 - 2008)

TALKIN TERAKHIR....Bersemadi Imran Kassim buat selamanya...

Menginsafi Diri, Mensyukuri Kurniaan Ilahi...Al-Fatihah


MENYELONGKAR kisah hidup Allahyarham Imran Kassim mampu mencetus keinsafan team www.kadkahwinku.com kerana Allahyarham yang kembali ke rahmatullah minggu lalu pada usia 34 tahun ini masih muda dan belum pernah mengecapi nikmat hidup berumahtangga.

Malah, Allahyarham yang lebih senang dipanggil 'Andak' itu pergi tanpa ditemani ayahanda dan bonda dikasihi kerana kedua-duanya juga sudah menemui Yang Maha Esa lebih awal iaitu Allahyarham Kassim Yakin pada 28 Januari tahun lalu dan Allahyarhamah Meriam Bujal tanggal 12 Februari, tahun sebelumnya.

Walaupun Allahyarham 'pulang' tanpa meninggalkan zuriat dan waris keturunan tetapi budi baik , sifat mesra dan kerendahan hatinya akan tetap menjadi kenang-kenangan bagi sesiapa yang mengenali 'Andak' terutama ahli keluarga terdekat.

Ketika menghadiri majlis pengkebumiannya di Kampung Semin, Lubuk Cina (daerah bersempadan Melaka & Negeri Sembilan)...terfikir sesuatu mengenai Allahyarham Imran, mungkinkah dia tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana menyedari dia mengidap penyakit buah pinggang?

Penyakit yang dihidapi sejak usia lapan tahun iaitu pada darjah dua itu menghambatnya daripada aktif seperti rakan sebaya lain kerana dia bergantung dengan sebelah saja buah pinggang apabila sebelah kiri sudah tidak berfungsi.

Apabila melangkah remaja, dia sudah mula berulang alik ke hospital untuk mendapat rawatan dialisis hampir setiap minggu. Namun, kecekalan hati membuatnya berjaya seperti insan lain - menamatkan persekolahan, melanjutkan pelajaran dan kemudian bekerja.

Agaknya dek tahu sakit, dia tidak mahu bercinta....tetapi tak mengapalah, itu lebih mulia daripada 'mempersendakan cinta' serta mudah saja menamatkan alam rumahtangga apabila 'dah tak cinta'..... atau lebih parah mengabaikan tanggungjawab selepas menimang cahaya mata yang dikatakan 'bukti cinta'.

Oleh itu, apa yang ingin dikongsikan ialah biar siapapun pun kita atau apapun dugaan hidup kita, hendaklah terus tabah menghadapinya kerana kasih sayang Allah SWT itu bukan bermakna kita pasti akan mendapat apa saja yang kita inginkan tetapi kadangkala ia jadi sebaliknya.

Ini berkaitan jodoh pertemuan serta usaha ke arah itu. Kadangkala dalam melakukan persiapan majlis perkahwinan yang terbaik sekalipun ada masalah timbul misalnya, lokasi majlis bertukar pada saat akhir, order pelamin biru laut jadi warna kelabu, tempah songket bunga tabur dapat pula bunga penuh, dah tempah kad kahwin 1000 keping tak cukup pula 99 keping atau ada pula kad kahwin tersalah cetak atau silap ejaan....semuanya ini tiada sesiapapun mahu, tetapi tetap berlaku.

Cuma, bagaimana kita menyelesaikannya secara bijaksana dan apakah keputusan terbaik kita?....Ini penting! Bak Allahyarham Imran, dia mungkin memutuskan untuk tidak berumahtangga kerana tahu tidak cukup upaya - dia juga akhirnya akur pada ketentuan Tuhan untuk 'pulang muda' sebelum sempat bergelar suami & ayah....

Seperti Allahyarham, hendaknya kita redha dengan kententuan Ilahi sambil mencari jalan penyelesaian terbaik . Bagi saya, asalkan 'si dia' yang didambakan tetap diperkenan Tuhan menjadi jodoh kita dan akhirnya bersatu mengecapi alam rumahtangga selamanya.....ini yang paling utama berbanding yang lain-lain itu.

Justeru, sekalung takziah juga Al-Fatihah daripada seluruh team www.kadkahwinku.com atas pemergian adinda dikasihi Allahyarham Imran Bin Kassim yang menghembuskan nafas terakhir pada Khamis, jam 10.21 pagi tanggal 17 Julai 2008 bersamaan 14 Rejab 1429 Hijrah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Nota :
• Kakanda sulung Imran - Allahyarham Ghazali Kassim juga kembali ke rahmatullah pada 05 Julai dua tahun lalu.
• Takziah buat salah seorang keluarga team kadkahwinku.com atas pemergian ahli keluarga rapatnya "Along" pada 22 Julai 2008 akibat kemalangan jalan raya di Kuantan, Pahang.

Saturday, July 19, 2008

"Kahwin sekali! First time buat kad kahwin ni...."



'BISIK-BISIK' ...Mussharaf di hadapan wakaf yang dihias istimewa bernama 'bisik 4'..(cakap kena berbisik...pssstt..)

Bora Ombak, Ampang - Emmm...nice place & warm welcome by "Mussharaf"
and surprisingly food was served within a minute, wow!...feeling like 'berbaloi' dine at Bora Ombak...

Menitipkan new post pada waktu ini, di tempat seindah ini selepas menikmati 'heavy supper' yang cepat sangat dihidangkan itu memberi ilham baru untuk dikongsikan.

Topiknya ialah - seindah manapun restoran itu, sebaik manapun layanan "Mussharaf" dan seenak manapun makanannya jika lambat dihidangkan - ia adalah kegagalan mutlak kerana orang datang ke restoran untuk makan....apatah lagi yang memang lapar...emm, cuba bayangkan...!

Begitulah juga apabila menempah kad undangan perkahwinan - semua faktor perlu diambil kira...kad kahwin yang cantik, praktikal, bersesuaian dengan tema, harga berpatutan dan paling penting kad kahwin siap awal dan mula diedarkan pada masa yang tepat.

Jika kad kahwin saja cantik...tetapi lambat siap, ia kurang bermakna kerana tempoh mengedarkannya terhad...mulalah ' ibu bapa ' naik angin kerana ramai sanak saudara dan sahabat handai yang belum dijemput.....semua jadi kelam kabut kerana persiapan terpaksa diselesaikan serentak.

Inilah yang kerap berlaku terutamanya pasangan muda yang 'tiada pengalaman' apatah lagi dalam soal jemput menjemput ini.

Teringat seorang bakal pengantin muda pernah cakap begini..."Maaflah kak, memang kami tahu kami lambat, kenduri tiga minggu je lagi tapi, kahwinkan sekali...ni first time buat kad kahwin, maklumlah tak de pengalaman...ingatkan kad kahwin boleh siap seminggu...

"Kami mohon pertimbangan, mak & abah dah naik angin ni, tolonglah kak...kami janji tak cerewet pasal kad kahwin ni, asalkan siap seminggu....." rayu bakal pengantin itu dalam nada sayu sambil tunangnya mengangguk-angguk laju tanda mengiakan.

"Tapi, kami pun bukan ada bajet sangat, kalau bayar extra RM50 tu bolehkan?...Bolehlah...nanti kami akan promote kad kahwin ni kat kawan-kawan," katanya berjanji lagi apabila diberitahu ada caj tambahan.

Kasihan pula melihat wajah pasangan muda ini apatah lagi tutur katanya begitu merayu-rayu, membuat perasaan tertekan....

"Oklah, ambil borang ni...atas sekali isi nama ayah dan ibu, lepas tu nama pengantin perempuan dan lelaki dan butiran lain, peta dah adakan? Esok petang datang sini semak artwork kad kahwin ya, jangan tak datang..." kata team www.kadkahwinku.com

Selang esok, apabila diminta datang mengesahkan artwork, tak datang....bila call tak jawab, SMS pun tak reply...macam mana ni, kad kahwin nak cepat tapi tak beri kerjasama!

Genap seminggu tiba-tiba dia datang ...

"Kami datang nak ambil kad kahwin, bukan dah siap ke? Kami bayar extra tau! Janji seminggu. Apa susah sangat ke nak call...mahal ke cajnya? Kalau ada, mesti ada miss call kat handphone saya ni!" katanya berkasar apabila diberitahu dia cuba dihubungi dan diSMS, tetapi tiada jawapan.

Akhirnya?... ya ending yang tidak menggembirakan kerana niat asal mahu menolong akhirnya menyebabkan pertelingkahan tidak berkesudahan. Dia menegakkan benang yang basah dan kami tak berdaya nak menyiapkan kad kahwin itu pada esok hari, seperti yang dia mahu...nak bawa balik kampung katanya.

Jadi, mesejnya ialah jangan sesekali menempah kad kahwin pada saat akhir. Semua pesanan 'last minute' , 'urgent'...'super urgent' atau apapun istilahnya adalah tekanan buat semua.

Walaupun banyak pesanan 'super urgent' setakat ini berjaya disiapkan (belum pernah gagal! InsyaAllah...) tetapi kini jika tempoh seminggu, kami akan menolak....bukan sombong, tak mahu tolong atau menolak rezeki tetapi kami tak mahu bekerja dalam tekanan lagi.

Justeru, berbalik kepada masa yang tepat - begitulah moralnya apabila kad kahwin lambat siap. Semua perkara jadi tak kena kerana kesuntukan masa...desakan datang bertubi-tubi dan akhirnya memberi tekanan kepada orang lain.

Semua yang cantik pada mulanya akan menjadi buruk...apatah lagi soal kad undangan perkahwinan membabitkan ibu bapa dan ahli keluarga...semua bertanyakan kad kahwin kerana ia perkara pertama yang perlu 'diadakan' berbanding persiapan lain...

Tempoh empat minggu adalah masa paling selesa kad perlu berada di tangan. Maknanya, kad kahwin wajib ditempah lapan atau enam belas minggu sebelum majlis...jika selesa, semua gembira!

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
NOTA :
Kepada pasangan muda....tempah kad kahwin sekarang terutamanya majlis pada Syawal ini dan akhir tahun....sebab kahwinkan sekali, mahunya biarlah 'manis di bibir' .... 'cantik juga di hati', ok bro! *Wed on Oct, Nov & Dec - Please order now! Log on to www.kadkahwinku.com

Wednesday, July 16, 2008

"Bukan kami nak kahwin, tapi abangkan...."


SketsaKU I kadkahwinkudotcom

Kadkahwinku.com selalu sangat menerima maklumbalas pelanggan yang mengelakkan untuk membuat tempahan kad kahwin online terutamanya yang tinggal sekitar Lembah Klang (berdekatan dengan galeri Kadkahwinku.com).

Macam-macam alasan termasuk ada yang marah-marah tak mahu buat tempahan kad kahwin secara online tetapi mahukan harga promosi yang ada di laman web. Pernah sekali seorang team Kadkahwinku.com menitiskan air mata apabila diherdik kasar ketika cuba menerangkan kebaikan tempahan kad kahwin secara online

"Saya ni buta komputer, awak cakap senanglah....apalah salahnya saya dah datang sini, bagilah harga sama dengan website...bukan nak free, saya bayar, bukan dengan air liur, nak bagi awak duit tau....hai! susah...susah..." katanya sambil mencampakkan kad kahwin KASEHKU ke muka Team kadkahwinku.com dan berlalu.

Beginilah ragam pelanggan sejak memulakan kempen "Tempah Kad Undangan Perkahwinan Secara Online - Mudah & Murah" mulai Julai tahun lalu. Sejak itu, harga kad kahwin bagi tempahan di galeri lebih 10-20 peratus berbanding belian secara online.

Kempen itu kini genap setahun.... Alhamdulilah, kini kami bukan saja semakin 'matang' bahkan berjaya 'mengonline' ramai pelanggan kad kahwin baru termasuk yang 'buta komputer' . Berdasarkan rekod, hampir 20 peratus mereka yang tidak pernah melakukan pembelian menerusi internet dan pertama kali melakukan transaksi pembayaran menerusi perbankan online.

Maklumbalas yang diterima sangat memberangsangkan apatah lagi ramai yang mahu berkongsi pengalaman itu menerusi borang komen yang kami edarkan setiap kali mereka datang mengambil kad kahwin.

"Sekarang ini tak lagi pelanggan yang marah-marah malah yang puji-puji lagilah ramai...Alhamdulilah...kini, team kadkahwinku.com tak perlu menitiskan air mata tetapi tersenyum simpul apabila ada pelanggan berlagak macam tu...

"Tak payah layan, cakap sikit aje...kalau abang rasa kami menyusahkan abang, kami minta maaf...bukan kami yang nak kahwin, tapi abangkan.."


------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SketsaKU II kadkahwinkudotcom

Berkongsi kesemua masa untuk membuat persiapan perkahwinan adalah saat paling manis pasangan yang sedang menuju gerbang perkahwinan termasuk bersama-sama memilih dan membuat tempahan kad undangan perkahwinan secara online.

Jika waktu pejabat suntuk, ambil masa selepas waktu kerja 'dating' dan membuat tempahan kad kahwin bersama sambil menikmati minum petang atau makan malam. Telusuri laman web www.kadkahwinku.com dalam keadaan santai dan buat pilihan mengikut 'rasa' atau bajet.

Kebanyakan restoran dan tempat makan kini sudah menyediakan perkhidmatan Wi-Fi percuma bagi kemudahan internet. Jika sesiapa yang tinggal di Bangsar, mesti tahu restoran mamak Mahbub...emmm, di sana ada Wi-Fi. Kena roti canai dan teh tarik pun boleh buat tempahan online atau semak artwork kad kahwin.

Bagi yang tinggal di Putrajaya, ada 'outdoor food court' baru buka di Precint 9 yang ada Wi-Fi...emm tempat happening juga...buka hingga jam 1 pagi. Order air segelas, dah boleh minta password.

Jika rajin ke KLCC, gelombang Wi-Fi merata-rata...jika sudah bosan dengan KFC & McD, boleh makan BurgerKing di depannya dan ada Wi-Fi..atau jika yang tinggal di Melawati, ada satu kedai makan, namanya Sakura - akan on Wi-Fi sampai jam 12 malam.

Ada bajet lebih sikit dan mahu lebih privacy, lepak di Starbuck Coffee...akan on Wi-Fi hingga jam 12 malam juga....tetapi yang bagusnya ialah boleh cas bateri laptop...jadi, tak risau lagi. Juga, kalau ada tempat hotspot seperti Secret Recipe & Dunkin Donut, belilah kad Hot Spot aje.

IKLAN FREE: Bila cakap pasal donut, ada satu best in town...J.Co ...donut dia sedap sungguh...cubalah tiramisu & mochino...waalaah... tapi paling penting, makan kat situ ada Wi-Fi FREE juga..Bila order donut, jangan lupa minta 'password'....

Mahu lebih eksklusif, Restoran Seri Melayu (RSM) , Jalan Conlay juga ada Wi-Fi. Dengarnya buffet lunch dia pun murah sekarang...jadi, bolehlah 'lunch date' kat sana, sama-sama pilih dan tempah kad kahwin secara online dari situ.

Ada lagi satu tempat makan dekat Pusat Sukan Ampang (Sport Planet - futsal arena). Bora Ombak - restoran ala bali ni pun ada Wi-Fi dan 'power connection' - 'special'nya boleh makan secara 'privacy' dalam 'wakaf' sambil menjamu selera hingga jam 1 pagi.

Kebanyakan pusat beli belah yang besar dan terkenal seperti Alamanda, Pavillion, MidValley & Sunway Pyramid juga menyediakan Wi-Fi untuk pengunjung, bukan itu saja...tapi, 'free Wi-Fi'....maknanya boleh lepak kat 'food court' dan boleh 'browse' internet....harga makanan kat
'food court' murah, jadi jimat sangatlah tu.

Jadi, tiada alasan untuk mengatakan TAK NAK kepada tempahan kad kahwin secara online lagi...oppsss...jika saya tak de komputer apatah lagi 'broadband', macammana? Lagipun saya dekat dengan kedai kadkahwinku.com..jadi, bolehlah berulang alik ke situ..

Itupun bukan alasan, pergilah 'CyberCafe' (CC) ...aaa...kat sana bukan saja ada komputer, internet dan pembantu CC bahkan boleh 'print out' apa-apa yang rasanya perlu seperti - invoice, resit tempahan atau artwork kad kahwin...kan lagi senang!

Saturday, July 12, 2008

Sharing Is Happiness....Wedding Is...?

One bride's best friend may be on the other side of the world, but that doesn't stop her fabulous groom from arranging the best wedding surprise...By Izzati Hairi

I took a months to plan my wedding. Months of deciding to wear songket or modern dress. Month of debating whether to choose orchids or roses for pelamin? Cup cakes or icing? English Style or Indonesian Hard Cover wedding card? And i loved every minute of it.

The only cloud on my pink fluffy horizon was the fact that my dearest friend, Intan wouldn't be there to share it all.

But i could hardly hold it against her. UK had worked out so well for her. Intan's email described glorious sunsets, fabulous seafood and a handsome new man. I was so thrilled for her.

Missing You Already.....
I missed her like mad, of course. All that shopping hadn't been quite so much fun without my best friend. As Iman and i had chosen 'special bahulu' in crystal box for gift list, i couldn't help wishing that Intan had been a part of it.


I could just imagine her eyes crinkling with laughter. She was always joking around. At first i'd thought he RSVP to my tasteful glitter-dotted invitation was her being funny.

It finally sank in when i read the message sent with our wedding gift; a soft cashmere throw for me and a funky finnish cooking pot for Iman..."Heartbroken not to be with you on your big day. But, very glad not to be forced into kebaya..."

We'd always joked about making each other wear the kebaya outfit...

"She's really not coming...." I told Iman.

"She is starting a business from scratch..." Iman pointed out.

The Big Surprise....
The big day dawned. I got ready, wishing i had Intan to do up my buttons instead of Mum who was flapping because the photographer was late...

As my car arrived, i checked my phone one last time. It was probably midnight in London, but Intan would be bound to send me a good luck text. She knew how nervous i was.

On the way to masjid for our akad nikah ceremony, i felt sick. What if Iman didn't turn up? What if...? Where are you Intan?....and we were there. As i arrived, suddenly a figure in a very bright pink nyonya lace kebaya forward to open my door.

"Madam, doesn't look very happy."

I'd know that voice anywhere.

"Perhaps Madam is missing her lady in waiting?"

I gaped.

"Intan! I thought you weren't coming!" Tear drop burst...

"So did i. Iman saved the day. He sent me a ticket and said you'd be miserable otherwise. I take it. I am still your lady in waiting. Hope you approve my kebaya....macam 'sarung nangka tak'?"

Happiness washed over me.

Note: This story was kept so long .... just for kadkahwinku.com fan.....enjoy reading & sharing!

Lets Blogging WithKU!....Humble Beginning For www.kadkahwinku.com...



SABTU, Putrajaya - Blog milik laman web www.kadkahwinku.com
mula diaktifkan secara sederhana di restoran francais, Starbucks Coffee, sini hari ini.

Menerusi blog ini, pelbagai maklumat boleh dikongsikan bersama mereka yang terbabit secara langsung dengan laman web www.kadkahwinku.com terutama para pelanggan dan rakan niaga seperti Dinawedding, Nazim Zafri Photography dan Asfagraphy

Blog yang diberi nama KADKAHWINKU DOT COM...Lets Blogging WithKU! akan dijaringkan secara rasmi, mulai Isnin ini sebaik saja kerja-kerja penyelenggaraannya selesai sepenuhnya menjelang lewat petang esok.

"Ini adalah permulaan kami yang 'humble' bukan mendabik dada....cuma apabila dapat terbabit secara langsung dalam 'era blog' dan menjadi bloggers, kami merasakan ia salah satu pencapaian terbaik syarikat setakat ini.

"Selepas dapat menyediakan prasarana dot com sekaligus melancarkan sistem tempahan kad kahwin secara online pada Julai tahun lalu, Julai ini kami melancarkan pula blog.

"Sistem tempahan kad kahwin online kami meliputi prasarana payment gateway menerusi perbankan internet dan kad kredit - kesemuanya kini dikendalikan secara langsung oleh syarikat Riz One Design&Communication and CarenaQuest Design," kata Pengurus Pemasarannya, Luqman Nur Hakim.

Mengulas lanjut, beliau mahu blog ini menjadi medan mempereratkan semua komuniti di alam maya sesuai dengan motonya "Lets Blogging WithKU" selain meningkatkan kualiti perkhidmatan menerusi komen pelanggan atau pembacanya.